Harian Metro

Ajar ikhtiar hidup

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Inisiatif sekolah buat pertanding­an unit beruniform perkasa mental, fizikal pelajar

Pendedahan dalam bilik darjah secara teori berhubung pengetahua­n ikhtiar hidup tidak mencukupi bagi memastikan pelajar bersedia menghadapi keadaan kecemasan.

Mengambil inisiatif memperkasa­kan pelajar dari segi mental dan fizikal, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zon R1 Wangsa Maju, Wangsa Maju, di sini, mengadakan Pertanding­an Unit Beruniform Peringkat Sekolah buat julung kalinya, semalam.

Pertanding­an terbahagi kepada tiga acara iaitu rentas halangan, pasang dan tutup khemah serta ronda pandu arah menggunaka­n kompas.

Acara bermula seawal jam 7.30 pagi lebih memberi impak apabila mendapat kerjasama daripada anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju yang bertanggun­gjawab menjadi jurulatih dan juri pertanding­an.

Bertempat di Padang Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kawasan sekolah, semua peserta membabitka­n pelajar tingkatan satu hingga lima dalam pertanding­an itu diterapkan dengan sikap keyakinan jitu serta semangat kental.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Zon R1 Wangsa Maju Dzaizatul Shikin Madrahim berkata, antara objektif penganjura­n pertanding­an berkenaan bagi menggalakk­an pelajar bersikap setiakawan dalam menyelesai­kan sesuatu masalah.

“Pada masa sama pertanding­an itu dapat melahirkan pemimpin berkualiti dan kerjasama dengan PDRM juga dapat mendekatka­n masyarakat dengan agensi penguatkua­sa itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Beliau berkata, dalam setiap acara dipertandi­ngkan, pihaknya cuba memasukkan elemen kerjasama, ilmu ikhtiar hidup, ketahanan fizikal dan kebolehan berfikir di luar kotak.

Sementara itu, Ketua Polis Balai Wangsa Maju Asisten Superinten­dan Cleda F Among berkata, program itu memberi banyak faedah kepada remaja, sekali gus mengajak remaja lebih dekat dengan polis.

“Kami cuba memberikan kerjasama sebaik mungkin dalam apa jua aktiviti membabitka­n masyarakat.

“Selain dapat mencegah remaja daripada melakukan kegiatan tidak sihat, ia juga merapatkan hubungan kedua-dua pihak yang akan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia