Harian Metro

‘Tak faham isu sebenar’

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Inisiatif dibuat bela nasib isteri, anak hasil pernikahan dapat sijil

Kerajaan negeri kesal isu program pemutihan perkahwina­n rentas sempadan yang diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini, disalah tafsir sehingga tular dan mendapat kecaman di media sosial.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan serta Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, beliau membaca komen dan penulisan Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin serta Kumpulan

(SIS) yang jelas tidak memahami isu sebenar.

Menurutnya, kedua-dua pihak memberi maklum balas seolah-olah mendakwa Kedah menggalakk­an poligami tanpa mengikut syarat dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Kedah.

“Penulisan mereka juga menjadi tular sehingga disalah faham sedangkan mereka tidak memahami isu sebenar dan tidak mendapat penerangan tepat daripada saya sendiri.

“Inisiatif pemutihan perkahwina­n rentas sempadan itu dibuat selepas kita mendapat banyak aduan bahawa ramai pasangan yang bukan saja berkahwin dua, tetapi perkahwina­n pertama sama ada sesama warga tempatan atau Thailand menghadapi masalah mendapatka­n sijil nikah dan sijil kelahiran anak,” katanya selepas Majlis Penyerahan Permit Lembu Korban di Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Mohd Rawi berkata, mereka yang berkahwin di negara jiran apabila memiliki anak mempunyai kesukaran mendapatka­n sijil kelahiran kerana perkahwina­n tidak didaftarka­n di sini.

“Jadi kita mahu memastikan isteri memperoleh sijil nikah sah dan anak mendapat kad pengenalan kerana ketiadaan dua dokumen terbabit menyukarka­n pelbagai urusan lain.

“Ia perkara besar dan menjadi hasrat kerajaan membantu kelompok itu jika ada isteri dan anak-anak yang teraniaya akibat perkahwina­n itu sehingga tidak dapat pembelaan dan ini yang saya maksudkan ketika dibahaskan dalam sidang DUN, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pihak terbabit menular kenyataann­ya tanpa mendapat penerangan adalah perbuatan tidak bertanggun­gjawab.

“Program pemutihan ini bagi menyelesai­kan isu surat nikah sah dan jika terjadi perceraian atau kematian suami, si isteri tidak teraniaya dan boleh menuntut nafkah dan kebajikan.

“Manakala anak itu apabila ibunya sudah ada sijil nikah, dia boleh memohon siiil kelahiran dan kad pengenalan serta masuk ke sekolah untuk belajar, jika tidak anak itu menghadapi masalah akibat tiada kewarganeg­araan,” katanya.

Menurut Rawi, isu pengesahan surat poligami di luar negara tanpa mengikut syarat dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Kedah satu dakwaan tidak bertanggun­gjawab.

“Bukan senang nak ubah enakmen itu... kena masuk sidang DUN sekali lagi dan bahas serta tindakan mereka saya rasa kerana ingin publisiti.

“Saya sarankan jika mereka yang ingin berjuang...berjuang juga kepada anak-anak yang tiada sijil kelahiran malah apa yang kerajaan negeri buat ini merujuk usaha dianjurkan Selangor menerusi program Jom Daftar Nikah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia