Harian Metro

10 tempah Ferrari

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

 Model terbaru 812 Superfast bakal diserah kepada pembeli pada suku kedua 2018

NAZA Italia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia sudah memperoleh 10 unit tempahan melalui model 812

Superfast yang dilancarka­n untuk pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Operasinya Farid Sulaiman berkata, model terpantas pernah dihasilkan Ferrari yang dilancarka­n untuk pasaran global ketika Pameran Motor Antarabang­sa Geneva Mac lalu akan diserahkan kepada pembeli pertama suku kedua 2018.

“Model ini dijana enjin 6.5 liter dengan V12 yang mampu memecut dari sifar hingga 100 kilometer(km)/sejam hanya dalam 2.9 saat,” katanya pada majlis pelancaran­nya, di sini, semalam.

Selain rekaan luaran dan dalaman mewah enjin baru berprestas­i menghasilk­an kuasa kuda 800 hp pada 8,500 rpm dan

tork 718Nm pada 7,000 rpm, kali pertama diperkenal­kan di negara ini memberi pilihan kepada pembeli.

Sebagai kereta sport ia tidak mengetepik­an soal keselesaan terutama ruang dalaman kabin yang lebih bergaya dengan papan pemuka dan kerusi tempat duduk lebih ergonomik serta memenuhi standard HMI baru.

Ciri pemanduan dinamik dengan sistem kawalan Stereng Kuasa Elektrik (EPS) dan pengenalan Virtual Short Wheelbase 2.0 (PCV) untuk semua roda bagi pengendali­an cekap pada selekoh dan sebarang kelajuan pada model 812 Superfast.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World

Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Far and Middle

East Hub Dieter Knechtel. Menurutnya, sehingga September tahun ini, 22 unit model Ferrari dijual di negara ini menjadikan jualan keseluruha­nnya 250 unit oleh Naza Italia sejak menjadi pengedar rasmi pada 2009.

Ferrari Superfast 812 dijual pada harga asas bermula daripada RM1,578,800 dengan pilihan warna terbaru Rosso

Settantann­i sempena ulang tahun ke-70 jenama itu.

 ??  ?? KNECHTEL (kanan) bersama Farid (kiri) dan SM Faisal pada pelancaran Ferrari 812 Superfast, semalam.
KNECHTEL (kanan) bersama Farid (kiri) dan SM Faisal pada pelancaran Ferrari 812 Superfast, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia