Harian Metro

Pasar raya ke-23

- Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

 TF Value-Mart buka cawangan terbaru di Senawang

TF Value-Mart Sdn Bhd (TF Value-Mart), pasar raya besar tempatan yang terkenal dengan tawaran harga rendah meluaskan operasi apabila membuka cawangan terbaru di Senawang, di sini, semalam.

Cawangan kedua di negeri ini selepas Port Dickson yang juga ke-23 dalam negara terletak dalam bangunan pasar raya Kipmart Senawang, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ho Mun Hao berkata, RM4.5 juta diperuntuk­kan bagi cawangan terbaru dan ia bertujuan melebarkan sayap perniagaan.

Katanya, pembukaan itu sempena ulang tahun ke-60 TF Value-Mart dan pihaknya yakin ia menerima sambutan baik pelanggan.

“Senawang dipilih selepas melihat keadaan lokasi, sosio ekonomi dan demografi penduduk. Premis berhampira­n kawasan perumahan yang stategik dan kawasannya sedang membangun,” katanya.

Ho berkata, pihaknya menyediaka­n lebih 1,001 jenis barangan keperluan harian termasuk produk unit menyimpan stok (SKU) berjenama sendiri, TF. “Pasar raya kami menawarkan harga lebih rendah setiap hari, sekali gus membantu meringanka­n beban pengguna,” katanya ditemui selepas majlis pelancaran. Hadir sama, Pengurus Pemasarann­ya, Alex Bar.

Menurut Ho, pihaknya yang menghargai pelanggan menawarkan diskaun antara 30 hingga 40 peratus bagi barangan terpilih sepanjang 14 hari ini.

Katanya lagi, cawangan baru itu juga menyediaka­n 140 peluang pekerjaan membabitka­n penduduk setempat.

“Pada masa akan datang, kami merancang membuka beberapa cawangan lain di Melaka dan di selatan tanah air,” katanya. Kuala Lumpur: Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) mengumumka­n tiga pemenang bertuah bagi Kempen Promosi kesembilan Best Products yang dijalankan pada Mei hingga Julai lalu.

Kempen promosi terbabit menawarkan hadiah wang tunai RM150,000, RM30,000 dan RM3,999 untuk pemenang hadiah utama, hadiah tambahan pertama serta hadiah tambahan kedua.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan dan Penghargaa­n Pelanggan Best Products Ahmad Md Isa berkata, sehingga kini HDS berjaya menganjurk­an sembilan kempen promosi sejak penubuhann­ya pada 2015 dan semua pemenang adalah testimoni yang boleh dibanggaka­n.

“Bagi saya, kejayaan ini tidak mampu diperoleh sekiranya tiada sokongan daripada pelanggan dan kakitangan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n, di sini.

Sehingga kini, hampir RM1.6 Juta diagihkan kepada pemenang Kempen Promosi sejak kempen pertamanya yang berlangsun­g pada 2015.

Proses pemilihan pemenang dilakukan dengan teliti oleh ahli jawatankua­sa pemilihan serta diaudit oleh juruaudit luar yang bertauliah.

Pemenang hadiah utama yang membawa pulang wang tunai RM150,000 adalah Habibah Sahri, 58, pemilik kafe yang menetap di Slim River, Perak.

Pemenang hadiah tambahan pertama dan tambahan kedua adalah Mohd Zaki Wan Chik, 51, dari Sungai Petani, Kedah yang memenangi wang tunai RM30,000 serta Yahya Manat, 77, dari Seremban, Negeri Sembilan yang memenangi wang tunai RM3,999.

 ??  ?? PEMBUKAAN TF Value-Mart di Senawang.
PEMBUKAAN TF Value-Mart di Senawang.
 ??  ?? TIGA pemenang Kempen Promosi Ke-9 Best Products.
TIGA pemenang Kempen Promosi Ke-9 Best Products.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia