Harian Metro

Indonesia punya kekuatan tersendiri

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan Malaysia, Adam Nor Azlin menegaskan skuad negara tidak boleh memandang mudah terhadap kemampuan Indonesia apabila kedua-dua pasukan dijadualka­n bertemu di separuh akhir bola sepak di Stadium Shah Alam, esok.

Biarpun Malaysia pernah menewaskan Indonesia 3-0 pada aksi kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok, bulan lalu namun Adam menjelaska­n keputusan itu tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur dalam saingan kali ini.

“Memang kita pernah menentang Indonesia dan meraih kemenangan, tapi ia sudah berlalu. Kelayakan Piala AFC B-23 dan Sukan SEA adalah dua kejohanan berbeza.

“Bagi separuh akhir nanti, semua pasukan bermula dengan kosong. Jadi semua pasukan ada peluang untuk layak ke final.

“Indonesia sudah membuktika­n mereka juga antara pasukan yang bagus apabila berjaya mara ke separuh akhir dan kami tidak boleh terlalu selesa dengan kejayaan lalu,” kata Adam.

Teka-teki mengenai pasukan mana yang akan ditentang Malaysia pada separuh akhir terjawab semalam apabila Indonesia sah muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Kemboja 2-0.

Selain itu, Adam percaya semua pemain Harimau Malaya sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharung­i aksi separuh akhir nanti.

“Kalau ikut persediaan memang kami tiada masalah, hanya yang diperlukan ketika ini adalah fokus sepenuhnya dan mengikut segala perancanga­n jurulatih.

“Jika kami dapat meneruskan permainan yang cemerlang dalam peringkat kumpulan, Insya-Allah tiada masalah untuk final,” katanya.

 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia