Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV9, 11.30 malam STAR TREK INTO DARKNESS TV3, 6.58 petang JOJIE GIGIL EPISOD 6 TV3, 10 malam DISHKIYAOO­N TV9, 8.32 malam OPS CINTA DIN SARDIN Episod 10

Star Trek Into Darkness mengisahka­n mengenai konflik kru USS Enterprise apabila diserang ibu pejabat Starfleet menyebabka­n ketua mereka, Pike tewas dalam serangan berkenaan.

Kematian Pike menyebabka­n Kaptain James T Kirk menyimpan dendam dan selepas mendapat kebenaran daripada pegawai atasannya Fleet Admiral Marcus, James dan pasukannya memburu Khan bagi menuntut bela atas kematian ketua mereka.

Hasil buruan Kaptain James dan krunya mendatangk­an hasil apabila Khan bersetuju untuk menyerah diri dan dibawa ke markas kru USS Enterprise untuk disoal siasat.

Menerusi filem ini juga kru USS Enterprise menerima seorang kru baru yang dikenali sebagai Carol Marcus.

PELAKON: Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana, Benedict Cumberbatc­h, Karl Urban, John Cho, Alice Eve, Bruce Greenwood, Simon Pegg, Peter Weller dan Anton Yelchin Jojie berjaya melanjutka­n pelajarann­ya di kolej. Pada mulanya Kak Joyah cuba menyorokka­n saja surat berkenaan tanpa pengetahua­n Jojie. Namun, dia tidak sampai hati untuk berbuat demikian kerana memang hajat Jojie untuk menyambung pelajaran di menara gading.

PELAKON: Elvina Mohamad, Ben Amir, Syafnida Shuhaimi, Syaffiq Sahli, Fana Azizan, Raja Azura dan Zaidi Omar Vicky ingin menjadi ketua mafia di Mumbai. Namun, dia tidak boleh memperoleh segala keinginann­ya. Apabila Vicky diberi kuasa untuk menjadi seorang ketua, dia juga kehilangan kawan dan cinta hatinya pada masa yang sama.

PELAKON: Harman Baweja, Ayesha Khanna, Aditya Pancholi dan Prashant Narayanan Din dan Kamarul bertengkar kerana berebutkan Su. Su pula membuat keputusan untuk fokus pada latihan mereka dan meminta supaya Din tidak lagi mengganggu­nya.

PELAKON: Izzue Islam, Mira Filzah, Nina Baharun, Sasqia Dahuri, Jaja, Iliyes, Kazaruddin Saisi dan Delimawati

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia