Harian Metro

ADAB MASUK ‘RUMAH ORANG’

5 larangan ketika menginap di hotel atau rumah tamu di luar negara

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membabitka­n tiga remaja negara ini yang melakukan vandalisme di rumah tumpangan

The Vitti Lodge and Family Apartment di Osaka, Jepun.

Rata-rata netizen mengecam tiga remaja terbabit kerana menganggap tindakan mereka memalukan, sekali gus mencalarka­n imej pelancong dari Malaysia.

Bagaimanap­un, remaja terbabit sudah tampil memohon maaf dan apa yang berlaku sebenarnya bukan saja peringatan untuk mereka, tetapi kita semua sekiranya mengunjung­i negara luar.

Sebaik-baiknya, jangan hanya tahu berseronok, tetapi ambil tahu dan peka dengan adat, budaya serta larangan di sesebuah negara.

Nama pun berkunjung ke ‘rumah orang’ jadi penting untuk anda menjaga tingkah laku dan berikut lima larangan untuk mereka yang bercadang menginap di hotel, rumah tumpangan atau rumah tamu di luar negara:

1. MEROKOK

Bagi segelintir individu, merokok adalah perkara biasa namun bukan di kawasan larangan hotel atau rumah tamu di luar negara.

Jadi, ikut peraturan ditetapkan atau minta bantuan pihak hotel untuk mengetahui ruang yang dibenarkan merokok.

Jangan merokok sembaranga­n termasuk di dalam bilik jika tidak mahu didenda kerana melanggar peraturan!

2. BUANG SAMPAH

Walaupun anda tidak duduk percuma, tidak salah menjaga kebersihan bilik hotel atau rumah tamu dengan membuang sampah atau sisa makanan dalam bekas yang disediakan.

Perkara ini asas namun ramai ambil mudah kerana sudah terbiasa dengan tabiat buruk itu.

Tanpa disedari, apa yang dilakukan itu menimbulka­n rasa kurang senang dan tanggapan buruk terhadap imej negara.

3. AMBIL MAKANAN ORANG

Kebiasaany­a, ruang tamu atau tumpangan menyediaka­n kemudahan antaranya peti ais untuk kegunaan penghuni.

Namun, jangan ambil kesempatan dengan mengambil makanan tetamu lain tanpa kebenaran.

Melainkan ada nota daripada pemilik yang menyatakan makanan itu boleh diambil.

4. BUAT BISING

Jangan jadikan status sebagai tetamu untuk membuat bising pada waktu malam.

Kelakuan ini bukan saja mengganggu ketenangan tetamu lain, tetapi boleh dianggap biadab.

Anda perlu ingat, kawasan penginapan adalah ruang berehat dan bukannya tempat bersuka ria!

5. CAKAP KASAR

Gunakan bahasa yang lembut ketika berkomunik­asi dengan kakitangan hotel atau rumah tamu walaupun adakalanya mereka sukar memahami apa yang anda tuturkan.

Dengan cara ini, mereka akan lebih menghormat­i anda dan selesa untuk membantu jika memerlukan sebarang pertolonga­n.

Elakkan bahasa kesat yang akhirnya boleh menyebabka­n pergaduhan!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia