Harian Metro

Malaysia bankrap fitnah tak berasas

-

Johor Bahru: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa Malaysia bakal bankrap sedangkan keadaan ekonomi negara ketika ini berkembang kukuh pada kadar 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini.

Najib berkata, andaian pihak tertentu mengaitkan negara dengan keadaan terbabit tidak benar sebaliknya menyifatka­nnya sebagai fitnah dan dakwaan tidak berasas.

“Jika ada orang kata kita (Malaysia) menjadi negara bankrap (muflis) itu fitnah dan dakwaan tidak ada asas sama sekali.

“Kenapa saya kata tiada asas, baca dalam surat khabar kerugian tahun berlakunya kerugian forex (urus niaga mata wang asing) dalam Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) (siasatan mengenai kerugian Bank Negara Malaysia) (BNM) berjumlah RM31 bilion.

“Rizab kita pada masa itu RM60 bilion, separuh daripada rizab antarabang­sa kita rugi, ini bukan rugi atas kertas, ini bukan rugi aset, ini rugi tunai.

“Kita masih tak bankrap lagi, walaupun tidak diterangka­n sepenuhnya, saya tidak mahu bagi ulasan sebab ini dalam RCI,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ada pihak menghubung­inya dan menyatakan terkejut dengan kerugian besar berkenaan.

“Banyak orang tak tahu cerita, ketika saya dalam kapal terbang dapat panggilan telefon dan (orang menghubung­i) terkejut tidak tahu kerugian sebanyak itu,” katanya.

Katanya, jika dibandingk­an pada 1997, kerugian negara separuh daripada rizab antarabang­sa.

“Kita masih tidak bankrap, hari ini (sebab) rizab antarabang­sa kita berjumlah RM400 bilion, bagaimana kita nak bankrap, tak masuk akal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia