Harian Metro

TERBUKA KEPADA SEMUA

-

 Program Temu Duga Terbuka SL1M tawar lebih 15,000 peluang pekerjaan

platform terbaik mendapatka­n pengalaman dengan praktis temuduga dari satu tempat ke satu tempat (gerai syarikat).

“Di samping menawarkan pengalaman begitu di sini, calon berpeluang ditawar jawatan,” katanya.

Norashikin mengajak graduan di luar sana yang masih skeptikal dan meragui SL1M untuk hadir ke program temu duga terbuka SL1M.

“Kami harap pencari kerja, anak muda di luar sana terutama graduan yang masih menganggur hadir ke sini.

“Tak mengapa jika anda tidak pandai kerana saya rasa banyak industri sudi mengajar, tetapi paling penting sikap, disiplin dan jati diri untuk berjaya itu perlu ditanam dalam diri masing-masing.

“Jangan tuding jari kepada kerajaan kerana tak beri peluang apabila ia sudah disediakan di depan mata sekarang. Maka, rebutlah peluang berharga ini,” katanya.

Sementara itu, Norashikin berkata, lebih 100 syarikat mengambil bahagian termasuk syarikat berkaitan kerajaan yang akan menganjurk­an temu duga terbuka ketika program itu berlangsun­g.

Antara syarikat yang akan menyertain­ya ialah Khazanah Nasional, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Permodalan Nasional

Berhad (PNB), Maybank dan Lembaga Tabung Haji.

Penganjur turut menampilka­n artis seperti Faizal Tahir, Kumpulan

Zero, Altimet, SonaOne, Joe Flizzow, Syamel dan

Farish

Aziz.

 ??  ??
 ??  ?? PENGANJUR menampilka­n artis seperti Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Altimet, SonaOne, Joe Flizzow, Syamel dan Farish Aziz.
PENGANJUR menampilka­n artis seperti Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Altimet, SonaOne, Joe Flizzow, Syamel dan Farish Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia