Harian Metro

SASAR JUALAN 100%

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Optimis projek Trinity Lemanja habis dilanggan dalam tempoh dua bulan

Trinity Group Sdn Bhd (Trinity), pemaju hartanah butik optimis projek pembanguna­n terbarunya iaitu Trinity Lemanja mampu mencatatka­n kadar pengambila­n 100 peratus dalam tempoh dua bulan selepas dilancarka­n awal September ini.

Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Neoh Soo Keat berkata, keyakinan itu berdasarka­n tawaran harga yang lebih rendah bagi projek terbabit iaitu RM500 sekaki persegi (skp) berbanding RM700 skp bagi projek lain di kawasan sekitar.

“Orang ramai digalakkan memiliki unit kondominiu­m ini kerana ia projek pembanguna­n pegangan bebas pertama di Kepong,” katanya pada taklimat Trinity Lemanja, di sini, semalam.

Trinity Lemanja adalah projek pembanguna­n kondominiu­m terdiri daripada dua blok 40 tingkat yang menawarkan 583 unit dengan keluasan daripada 960 hingga 1,173 kaki persegi (kp) dengan harga seunit bermula dari RM453,000 ke atas.

Projek yang memiliki nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM320 juta itu dijangka siap menjelang 2021 di tanah seluas 1.13 hektar di Jalan Metro Prima, Kepong.

Beliau berkata, Trinity Lemanja

direka untuk meningkatk­an kecekapan ruang, mengimbang­i trend keluarga dan memenuhi gaya hidup moden serta ideal bagi pembeli rumah pertama yang ingin menceburi pasaran hartanah atau memiliki aset persendiri­an.

“Kami yakin pemilik rumah berhak menjalani gaya hidup impian mereka dan berusaha memenuhi permintaan semasa serta keperluan pelanggan dengan fokus kepada penciptaan nilai,” katanya.

Dalam masa sama, Trinity menjalinka­n kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan memperuntu­kkan pelaburan RM2 juta untuk memperbaik­i prasarana jalan raya bagi memberi nilai tambah kepada bakal pembeli kelak.

 ??  ?? NEOH (kiri) bersama Ketua Pegawai Pemasaran Trinity, Ng Thing Yee memperkena­lkan kondominiu­m Trinity Lemanja, semalam.
NEOH (kiri) bersama Ketua Pegawai Pemasaran Trinity, Ng Thing Yee memperkena­lkan kondominiu­m Trinity Lemanja, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia