Harian Metro

Mignolet cabar Reds bangkit

-

London: Bersemanga­t selepas kemaraan di Eropah, Simon Mignolet mencabar Reds membuktika­n kebangkita­n mereka dengan kemenangan menentang pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Arsenal hujung minggu ini.

Anak buah Juergen Klopp layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun dengan kemenangan 4-2 ke atas Hoffenheim, awal pagi kelmarin.

Suasana bingit di Anfield menjana persembaha­n bertenaga Liverpool pada pertengaha­n minggu dan penjaga gol Belgium, Mignolet menjangkak­an Arsenal akan

(gambar)

menerima sambutan sama daripada Kop, malam esok.

Selepas seri pada minggu pembukaan dengan Watford, Liverpool mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an untuk membuktika­n mereka mampu menyerlah tanpa pemain sasaran Barcelona, Philippe Coutinho.

Kini Mignolet mahu Liverpool meneruskan rentak mereka dengan kemenangan bergaya ke atas Gunners.

“Di Anfield ia sering kali malam yang istimewa dan saya fikir kami membuktika­n apa yang boleh dilakukan di sana. Suasananya bingit, itulah mengenai Anfield dan inilah tempat kami,” katanya.

“Setiap orang akan teruja untuk bermain di peringkat ini, yang mana semua sejarah dilakar di kelab bola sepak ini.”

Berbanding kebangkita­n Liverpool, Arsenal sudah berdepan krisis keyakinan selepas bangkit daripada ketinggala­n untuk menang tipis ke atas Leicester dan kemudian tewas 0-1 kepada Stoke hujung minggu lalu.

Tewas kepada Stoke mendedahka­n kelemahan benteng pertahanan Arsenal, ketika anak buah Arsene Wenger sekali lagi gagal mengubah penguasaan bola kepada gol dengan bintang serangan Alexis Sanchez tidak beraksi.

Sanchez terlepas permulaan musim kerana kecederaan dan tidak sihat namun pemain kebangsaan Chile itu dijangka melakukan penampilan pertamanya musim ini, malam esok.

Berikutan spekulasi berpanjang­an Sanchez mahu meninggalk­an Arsenal sebelum kontraknya tamat hujung musim ini, Wenger menegaskan beliau gembira menerima kepulangan semula pemain yang dikehendak­i Manchester City dan Chelsea.

“Dia sering fokus terhadap tugasnya, dia suka bermain bola sepak dan saya tidak fikir dia terganggu dengan semua yang berlaku,” ujar Wenger. -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia