Harian Metro

Tak konsisten punca gagal

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Masalah konsistens­i dilihat masih menjadi punca utama kegagalan barisan pemain Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia.

Kecuali Datuk Lee Chong Wei yang kegagalann­ya disifatkan ‘kes istimewa’, barisan pemain yang lain terutama beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong masih terus bergelut dengan aksi tidak menentu.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Chung Eui Seok-Kim Dukyong 18-21, 16-21.

Itu sebenarnya adalah perlawanan pertama mereka dalam kejohanan kali ini selepas mendapat bye di pusingan pertama dan ternyata mereka sukar untuk mendapat rentak serta menyesuaik­an diri dengan keadaan gelanggang.

Bagaimanap­un, ia tidak boleh dijadikan alasan buat V Shem-Wee Kiong kerana mereka adalah beregu utama dunia dan mempunyai pengalaman bagi mengatasi perkara itu.

Melihat kepada aksi mereka di atas gelanggang, ia memberi gambaran bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan mereka tetapi sejauh mana kebenarann­ya tidak diketahui.

Adakah kedua-dua mereka yang menjuarai Siri Super Akhir di Dubai, Disember tahun lalu sudah tidak sehaluan lagi? Jika berpisah adalah jalan penyelesai­an terbaik, tidak salah untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukann­ya.

BAM seharusnya mengambil tindakan segera ke atas V Shem-Wee Kiong agar tidak menjadi seperti gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang sentiasa diberi peluang, tetapi akhirnya tidak ke mana.

Dalam saingan beregu campuran,

Tan Kian

Meng-Lai Pei

Jing dilihat sudah melaksanak­an tanggungja­wab mereka dengan baik apabila mara sehingga pusingan ketiga.

Walaupun bukan itu keputusan yang ingin dilihat, namun untuk berlaku adil kepada Kian Meng yang membuat penampilan pertama di Kejohanan Dunia, banyak lagi yang boleh diperbaiki.

Pengalaman kali ini pastinya membuatkan Kian Meng lebih matang dan dia dan Pei Jing pasti mampu tampil sebagai pencabar utama kejuaraan pada edisi akan datang jika terus bekerja keras.

Bagi satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming, ia adalah pengalaman berharga buat mereka beraksi menentang pasangan utama dunia.

Mereka yang tersingkir di pusingan kedua tewas kepada lawan yang memang ternyata lebih baik iaitu Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark yang juga pilihan kedua kejohanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia