Harian Metro

SIAM BONGKAK

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Mahu jumpa Indonesia di final, anggap Malaysia skuad lemah

“Kami mahu jumpa Indonesia di final kerana mereka lebih baik dari Malaysia,” kata penyerang Thailand, Sittichok Kannoo pada sidang media praper- lawanan separuh akhir acara bola sepak antara Thailand dan Myanmar yang bakal berlangsun­g di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, semalam.

Bunyinya seakan angkuh, namun itulah pandangan Sittichok yang mengaku tidak berminat untuk menentang pasukan negara di pentas final sekiranya skuad Gajah Perang itu berjaya melepasi halangan Myanmar hari ini.

Jelas bekas pemain remaja Buriram United itu, skuad kendalian Luis Milla Aspas baginya jauh lebih ampuh berbanding anak didik Datuk Ong Kim Swee yang hanya bersandark­an kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri untuk mencipta kemenangan.

“Barisan pertahanan Malaysia mudah bolos dan penyerang mereka juga tidak begitu efektif terutamany­a apabila berdepan pasukan kuat seperti Indonesia.

“Sebelum ini pun kami pernah menewaskan Malaysia

(3-0) di Kelayakan Piala AFC (Konfederas­i

Bolasepak Asia) bawah 23 ta- bang di liga satu negara itu.

Thailand muncul juara Kumpulan B selepas mudah menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi terakhir kumpulan untuk mengumpul 13 mata diikuti Indonesia di tempat kedua dengan 11 mata.

Ditanya mengenai aksi separuh akhir, Sittichok meletakkan sepenuh kepercayaa­n kepada taktikal pengendali­nya, Woorawot Srimaka untuk memerangka­p pasukan Myanmar.

“Jurulatih kami sentiasa tampilkan strategi berbeza dalam setiap aksi. Kami akan ikut segala arahan sekali gus mara ke final,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia