Harian Metro

Safawi tak sabar robek Indonesia

-

Shah Alam: Selepas direhatkan dalam perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Laos, penyerang negara Safawi Rasid

tidak sabar untuk beraksi semula dalam perlawanan cukup getir berdepan Indonesia pada separuh akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pemain berusia 20 tahun itu berkata, dua gol yang disumbangk­an dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini belum cukup memuaskan hatinya kerana misinya adalah untuk menewaskan Indonesia bagi meraih tiket ke final.

“Saya direhatkan sebelum ini dan saya rasa sudah cergas sepenuhnya dan berada di tahap terbaik untuk diturunkan menentang Indonesia,” kata Safawi.

Safawi antara pemain paling konsisten dalam skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee setakat ini. Selain menyumbat satu gol ketika menewaskan Brunei 2-1 dan Myanmar 3-1, kepantasan dan kelincahan­nya menggelece­k

(gambar)

pemain lawan adalah senjata utamanya serta memiliki rembatan kaki kiri yang padu.

Pemain kelahiran Terengganu yang kini mewakili Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu dijangka berganding­an bersama Jafri Firdaus Chew dan N Thanabalan untuk menggempur kubu Indonesia.

“Kita pernah bertemu dengan Indonesia di kelayakan AFC di Bangkok sebelum ini, walaupun menang, kita tak boleh terlalu yakin. Kita kena main seperti biasa dan memang saya mahukan kemenangan ke atas Indonesia untuk ke final,” kata Safawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia