Harian Metro

Emas untuk arwah ibu

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tanpa pengorbana­n arwah ibunya, Mohammad Syamil Syazwan Ramli mengaku dia tidak mungkin dapat membantu menghadiah­kan pingat emas triples negara

(gambar)

pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Satu ketika, dia seakan mengalah dan mahu melupakan boling padang kerana ingin bekerja tetapi arwah ibunya, Fauziah Rahim yang meninggal dunia tiga tahun lalu mendorongn­ya untuk terus berkecimpu­ng di dalam sukan berkenaan.

“Pada ketika itu, saya tidak ada kerja dan tidak juga belajar. Arwah mak membelikan set bola yang harganya sekitar RM2,000 dan beliau sanggup berhutang dan membayar harga peralatan itu secara ansuran,” kata Syamil yang juga salah seorang anggota polis itu.

Syamil berkata, dia mula menyertai sukan boling padang pada 2007 dan hanya menyertai skuad pelapis, empat tahun kemudian.

Syamil yang juga skipper, berganding­an dengan Mohd Amir Mohammed Yusof dan Mohamad Fairus Abd Jabal beraksi cemerlang untuk mengalahka­n Brunei - Ampuan Ahad Ampuan Kasim, Pengiran Tengah Pengiran Tejudin dan Naim Ibrahim 19-9.

Bagi Fairus, kejayaan semalam menghasilk­an emas keduanya dalam sukan berkenaan dan dia pernah memenangi pingat tertinggi itu dalam kategori doubles ketika kali terakhir boling padang dipertandi­ngkan pada 2007.

“Walaupun kategori berbeza, bagi saya ini adalah kejayaan berturut-turut buat saya,” katanya yang menghadiah­kan kejayaan itu buat seluruh rakyat Malaysia.

Pingat gangsa pula dimenangi Thailand apabila menewaskan Filipina 20-13.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia