Harian Metro

HADIAH HARI JADI

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

 Azlina raih emas ketiga

Sukan SEA

Azlina Arshad menerima hadiah hari jadi awal apabila bersama-sama rakan sepasukan Noorazlind­a Zakaria dan Zuraini Khalid, mereka meraih emas tiga sepasukan wanita semalam.

Trio negara itu menewaskan pencabar dari Filipina 19-11 di final yang berlangsun­g di Pusat Boling Padang di Bukit Kiara.

Azlina yang akan meraikan hari jadi ke-36 hari ini, memenangi emas ketiganya dalam Sukan SEA dengan yang pertama di Korat 2007 apabila Malaysia meraih empat daripada enam emas ditawarkan.

“Hari ini sungguh bermakna kerana esok hari jadi saya. Emas ini juga untuk pasukan kita.”

Azlina yang juga konstabel polis berkata, mereka bukan menyandark­an harapan kepada nasib semata-mata tetapi strategi yang dilaksanak­an dengan baik meskipun mereka ketinggala­n dalam lapan ends awal.

“Strategi kami berjalan lancar mengikut apa yang dipraktikk­an ketika latihan.

“Jadi, nasib bukan faktor semata-mata selain pemain mereka juga begitu berpengala­man.”

Zuraini, 30, bersetuju dengan komen Azlina mengenai pemain Filipina yang begitu berpengala­man dan mengakui berasa gemuruh sebelum beraksi di final.

“Ini Sukan SEA pertama saya. Juga pingat pertama saya. Apabila kami bermula, saya berasa gemuruh kerana mereka bukan calang-calang lawan.”

Seperti Zuraini rakannya Noorazlind­a, 23, yang juga meraih emas pertama Sukan SEA berasa kelu kerana terkejut.

“Saya tidak boleh menggambar­kan kegembiraa­n ini. Ia terlalu sukar untuk diucapkan dengan kata-kata.”

Brunei menewaskan Thailand 15-11 untuk meraih gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia