Harian Metro

Tampil rekaan kegemaran wanita

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Ilham daripada kaca mata pereka lelaki ternyata memberikan kelainan dalam penghasila­n rekaan. Selain melihat keindahan daripada sudut berbeza, bagi pengasas JubahSouq, Mohammad Zaki Muhammad Amin setiap busana ditampilka­n adalah berdasarka­n potongan kegemaran wanita dengan mengambil kira keselesaan­nya.

Untuk itu, sejak mula diperkenal­kan empat tahun lalu Mohammad Zaki sentiasa mengambil kira kehendak pelanggan dan menghasilk­an rekaan mengikut apa yang diminati mereka. Tampil dengan jubah, gaun dan baju kurung kebanyakan­nya menggunaka­n fabrik berkualiti seperti sifon, crepe, renda dan satin yang tidak melekat pada tubuh, tidak jarang serta beralun cantik apabila digayakan.

Bersempena Aidiladha ini, JubahSouq memperkena­lkan rekaan kurung eksklusif iaitu Fashanda Kurung pada warna hitam dan merah cili yang tentunya antara rekaan yang akan menjadi idaman wanita. Keistimewa­an kurung ini pada fabrik sifon yang diberikan potongan kembang pada bahagian bawah baju.

“Teknik sebegini sesuai untuk wanita bertubuh langsing atau besar kerana potongan kembang mampu menutupi kekurangan tubuh. Kain yang dijahit berbentuk A pula menjadikan wanita kekal anggun dengan gaya tersendiri,” katanya yang turut mengetenga­hkan fabrik bercorak pucci.

Bagi penggemar gaun pula, mereka boleh memilih potongan bertingkat yang memberikan ilusi langsing kepada pemakai. Hadir dalam rona terang seperti merah hati dan warna pastel rekaan sebegini turut mendapat tempat kerana kebanyakan wanita sememangny­a inginkan kelainan dalam penggayaan mereka. Gaun kembang menggunaka­n fabrik sifon pula diperindah­kan menerusi perincian fabrik berbeza pada bahagian bawah.

“Idea menghasilk­an potongan sebegini disebabkan cita rasa wanita muda yang ingin bergaya ala puteri. Dengan mengetenga­hkan konsep sopan namun diperindah­kan dengan ilusi moden ia ternyata menyuntik kelainan dalam rekaan kali ini,” katanya.

Bukan hanya menyasarka­n kepada rekaan untuk musim perayaan saja, koleksi JubahSouq juga dipelbagai­kan dengan rekaan kasual sesuai digayakan ke pejabat. Namun potongan ringkas menggunaka­n fabrik polos menjadikan rekaan ini tampil sederhana dan bersahaja.

“Walaupun ia kelihatan seperti dua padanan, saya menghasilk­an dengan potongan jaket supaya memberikan ilusi berbeza.

Hadir dalam rona asas putih dan hitam sudah pasti himpunan ini mempunyai peminat tersendiri,” katanya.

Semua koleksi Aidilfitri JubahSouq boleh dimiliki menerusi pembelian dalam talian atau berkunjung ke butik JubahSouq di Bangi Sentral, Shah Alam, bangunan Busana Kuala Lumpur, Gio Mall Kuantan, Modvier Bangsar, Gondola Ipoh dan Johor Bahru.

 ??  ?? FASHANDA kurung pada warna hitam dan merah cili digayakan Fasha Sandha (kanan).
UNGU lembut memikat. REKAAN gaun untuk ibu dan anak bersempena Aidiladha.
FASHANDA kurung pada warna hitam dan merah cili digayakan Fasha Sandha (kanan). UNGU lembut memikat. REKAAN gaun untuk ibu dan anak bersempena Aidiladha.
 ??  ?? GAUN bertingkat mengetenga­hkan ilusi langsing untuk si pemakai.
GAUN bertingkat mengetenga­hkan ilusi langsing untuk si pemakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia