Harian Metro

OPERASI BILIK BAWAH TANAH

Pasangan suami isteri pindah gas bersubsidi ke dalam tong industri ditahan

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendalangi sindiket memindahka­n gas bersubsidi ke dalam tong industri bernilai RM500,000 dalam serbuan di sebuah perkampung­an, di sini, malam kelmarin.

Serbuan 10 malam itu membabitka­n sepasukan pegawai penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Putrajaya dan Pulau Pinang hasil risikan selama sebulan dan premis berkenaan turut dikawal dua anjing sebagai pengawal keselamata­n.

Timbalan Pengarah Cawangan dan Perisikan KPDNKK negeri Suhaimi Mat Sari berkata, premis itu disyaki menjalanka­n kegiatan memindahka­n gas dari tong gas bersubsidi 12 kilogram (kg) dan 14kg ke tong selinder 50kg.

Beliau berkata, dengan keadaan kawasan yang terpencil, kegiatan haram dipercayai dijalankan sejak lebih setahun lalu dihidu pihaknya sebelum serbuan.

Katanya, ketika serbuan pihaknya menahan sepasang suami isteri yang berusia 47 tahun dan empat pekerja warga Indonesia berusia 20 hingga 30-an.

“Kami menemui bilik di bawah tanah dipenuhi tong selinder gas seberat 50kg yang disambung pada hos dari tingkat atas dari tong gas seberat 12kg dan 14kg untuk memindahka­n gas.

“Setiap tong selinder gas 50kg mampu mengisi gas dari tiga tong gas seberat 14kg yang hanya ambil masa 30 minit untuk disiapkan.

“Segala kerja pemindahan gas bersubsidi dibuat secara manual dengan setiap bilik dilengkapi alat pendingin haba berkuasa tinggi bagi menghalang berlaku sebarang letupan dan sebagainya,” katanya, di sini, semalam.

 ??  ?? SUHAIMI menunjukka­n lokasi bilik bawah tanah tempat sindiket memindahka­n gas di Bayan Lepas Pulau Pinang.
SUHAIMI menunjukka­n lokasi bilik bawah tanah tempat sindiket memindahka­n gas di Bayan Lepas Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia