Harian Metro

Hubungi rakan sebelum maut

-

Batang Kali: Seorang pekerja perkhidmat­an kereta tunda sempat menghubung­i rakannya menggunaka­n

walkie-talkie sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Batang Kali-Genting Highlands berdekatan Kampung Songkok, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa, Mohd Saiful Mohd Hashim, 32, yang memandu Proton Wira masih bernyawa untuk memaklumka­n kemalangan berkenaan selepas bertembung kenderaan lain.

Dia gagal dibawa keluar daripada kereta yang remuk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kesan hentakan kuat pada dadanya.

Kemalangan itu turut mengakibat­kan empat lagi mangsa lain parah termasuk tiga sekeluarga yang menaiki kereta Nissan Almera.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bhak Pai berkata, ketika kejadian Mohd Saiful yang memandu Proton Wira bersama seorang rakannya dalam perjalanan dari arah Batang Kali ke Genting Highlands manakala kereta keluarga berkenaan dari arah bertentang­an.

“Siasatan mendapati kereta Wira itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an melanggar Nissan Almera berkenaan.

“Ia mengakibat­kan pemandu itu maut di tempat kejadian manakala mangsa lain cedera dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa iaitu penumpang Proton Wira dikenali sebagai Aza Alfa Alaudin, 37, patah kaki manakala pemandu Almera, Ng Guan Soon, 27, cedera di kepala dan dua penumpang, Prakai Sae See, 49, dan Prakai Soe See, 55, mengalami pendarahan dalaman.

 ??  ?? KEADAAN kemalangan di Kilometer 12 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, semalam.
KEADAAN kemalangan di Kilometer 12 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia