Harian Metro

Terkejut datang bersama lori

-

Batu Pahat: “Mulanya mereka beritahu hanya ingin beri sumbangan tetapi tidak sangka kehadiran mereka bersama sebuah lori,” kata Zulkifli Md Saleh, 50, menzaihirk­an perasaan terkejut dengan sumbangan diterimany­a semalam.

Zulkifli yang tinggal di Kampung Bintang, berkata, dia diberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah Mohd Ismail Roslan mengenai kehadiran Jabatan Penjara Negeri Johor ke kediamanny­a untuk memberi sumbangan.

Rombongan yang hadir pada program Jabatan Penjara sempena Hari Kemerdekaa­n negara ke-60 singgah di lokasi tertentu untuk melakukan kerja kebajikan termasuk ke rumahnya.

“Sejak awal pagi, rombongan mereka datang ke kampung saya dan pada masa sama, mereka turut melakukan aktiviti bersama peduduk setempat bergotong-royong di tanah perkuburan dan juga masjid sebelum ke rumah saya.

“Tidak sangka pula mereka datang membawa pasir dan simen ke rumah saya untuk membaiki lantai rumah yang sudah rosak selama beberapa tahun, dan saya memang tidak mampu membaiki kerosakan itu,” katanya.

Dia bersyukur dengan bantuan yang disalurkan ini, malah aktiviti bergotong-royong di rumahnya dapat meringanka­n beban membaiki kerosakan struktur rumah terbabit.

Zulkifli juga sangat bersyukur kerana kediamanny­a terpilih antara lokasi persinggah­an Jabatan Penjara Negeri Johor dalam program Kembara Merdeka Jelajah Johor Intervensi Orang Di Parol (ODP)/ODS 2017 yang berlangsun­g selama empat hari sejauh 390 kilometer.

Terdahulu, rombongan itu melakukan kerja kebajikan mereka di Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan berakhir di Batu Pahat yang turut disertai Pengarah Penjara Negeri Johor Abd Wahab Kasim dan Mohd Ismail.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKIFLI (kanan) bersama kakitangan Jabatan Penjara ketika gotong-royong membaik pulih lantai rumahnya di Kampung Bintang,
ZULKIFLI (kanan) bersama kakitangan Jabatan Penjara ketika gotong-royong membaik pulih lantai rumahnya di Kampung Bintang,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia