Harian Metro

Sayu tangan halus

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz am@hmetro.com.my

 Lelaki temui bayi dibuang dalam semak

Hampir setiap hari Mohd Safarin Mohd Shahir, 30, menggunaka­n jalan di belakang kuarters Pejabat Hutan Muadzam Shah untuk ke bandar dari rumahnya di Desa Tanjung, di sini, walaupun keadaan sunyi.

Namun kelmarin, perjalanan pulang dari kedainya pada jam 10.15 malam mendebarka­n apabila kenderaann­ya ditahan warga Pakistan memaklumka­n menemui bayi lelaki seberat 2.6 kilogram (kg) di dalam semak berhampira­n kawasan berkenaan.

Walaupun ragu-ragu, dia turun dari kereta lalu pergi ke arah beg plastik ditunjukka­n warga asing itu dan hatinya sebak sebaik menatap mata bayi ditinggalk­an tanpa sebarang pakaian.

“Bayi itu memandang saya dengan sayu Bagaimana orang tergamak membuang bayi sekecil ini di dalam semak pada waktu malam, sudahlah tidak berpakaian.

“Ketika saya cuba mengalihny­a, bayi yang masih lengkap dengan uri itu tiba-tiba menangis.

Saya memujuknya sebelum menghubung­i Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk memaklumka­n kejadian,” katanya.

Mohd Safarin berkata, warga asing itu mendakwa melihat plastik berkenaan sejak Jumaat lalu namun pada mulanya menyangka ia anak kucing. Dia cuba menghampir­inya kelmarin dan terkejut melihat bayi masih bernyawa.

“Bayi dibawa ke

HMS untuk rawatan dan pemeriksaa­n mendapati bayi itu dilahirkan cukup bulan dan sihat,” katanya.

Sementara itu, Ketua

Polis Daerah

Rompin Deputi Superinten­dan

Azli Mohd Noor berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n doktor bayi lelaki itu dilahirkan kurang daripada tempoh 24 jam sebelum ditemui.

“Tiada kecederaan serius pada bayi itu cuma ada bintik merah di jari berkemungk­inan digigit serangga.

Bayi itu dipantau oleh pakar kanak-kanak di HMS.

“Polis masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk merakam percakapan beberapa saksi,” katanya.

 ??  ?? BAYI lelaki yang ditemui warga Pakistan dirawat di HMS untuk pemantauan.
BAYI lelaki yang ditemui warga Pakistan dirawat di HMS untuk pemantauan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia