Harian Metro

Culik nenek, dua cucu

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 2 lelaki masuk dalam kereta samun barang kemas RM9,000

Hampir dua jam dilarikan dua lelaki dalam jarak 25 kilometer (km) dan diugut dengan pisau di leher, wanita warga emas bersama dua cucu perempuann­ya akhirnya ditinggalk­an di tepi jalan dekat Bukit Bakar, Machang, tengah malam semalam.

Ketiga-tiganya yang sebelum itu menunggu ahli keluarga di dalam kereta Proton Wira di stesen minyak di Batu Jong, Kuala Krai, dilarikan individu terbabit jam 10.40 malam kelmarin.

Mangsa, Fatimah Husin, 63, bersama cucunya, Nor Aliya Batrisya, 6, dan Nor Amara Darisya Mohd Nizam, 2, akhirnya dilepaskan serta tidak dicederaka­n pada jam 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superinten­dan Abdullah Roning berkata, mangsa bersama suami, Awang Abu Bakar, 60, menaiki kereta mereka berwarna kelabu dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu Jong dari bandar Kuala Krai. Katanya, kereta dipandu anak perempuann­ya, Norbaitin Nadia, 23, berhenti seketika di stesen minyak terbabit untuk mengisi angin tayar.

“Sebaik tiba, suami mangsa ke tandas manakala anak perempuann­ya keluar untuk mengepam tayar. Mangsa bersama cucu pula duduk di tempat duduk penumpang belakang.

“Bagaimanap­un, secara tiba-tiba dua lelaki masuk ke tempat duduk bahagian depan dan seorang daripada mereka mengundurk­an kereta itu.

“Suami mangsa yang baru keluar tandas sempat menarik seorang daripada suspek namun dia berjaya bolos dan kenderaan dipandu menghala ke Machang.

“Anak mangsa sempat melihat dua lelaki di dalam kereta mereka dan seorang lagi memandu kereta juga daripada jenis sama (Proton Wira) berwarna biru, mengekori rapat kenderaan yang dilarikan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdullah berkata, ketika dilarikan, mangsa diacukan pisau di lehernya dan diarah menanggalk­an semua barang kemas yang dipakai mereka.

Ketiga-tiganya ditinggalk­an di tepi jalan dekat Bukit Bakar, Machang serta diselamatk­an orang awam yang kemudian menghubung­i ahli keluarga mangsa.

“Suspek melarikan kereta terbabit namun dipercayai terbabas di kawasan berdekatan serta meninggalk­an kereta berkenaan.

“Mereka melarikan barang kemas dan semua barang di dalam kereta hingga menyebabka­n kerugian RM9,000,” katanya.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis namun ada maklumat tular di aplikasi WhatsApp mendakwa dua kanak-kanak itu dilarikan penjenayah bersama kereta hingga menimbulka­n kebimbanga­n netizen.

Abdullah menafikan perkara itu dan turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati.

“Ini bukan kes culik seperti ditularkan kerana kereta dan mangsa ditinggalk­an di tepi jalan. Kami masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? KERETA mangsa yang ditemui semula di tepi jalan di Bukit Bakar, Machang, semalam.
KERETA mangsa yang ditemui semula di tepi jalan di Bukit Bakar, Machang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia