Harian Metro

Pasangan kaki rompak dicekup

-

Bukit Mertajam: Pasangan kekasih antara empat anggota kumpulan pecah masuk rumah dan curi kereta yang ditahan polis pada dua serbuan berasingan di Pengkalan Hulu, Perak dan Alma di sini, kelmarin.

Semuanya termasuk seorang wanita, yang berusia 19 tahun hingga 26 tahun ditahan jam 9.30 pagi dan 1 tengah hari kelmarin.

Difahamkan, mereka mendalangi beberapa kes pecah masuk rumah dan curi kereta sejak awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Se- Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata, pada kejadian terbaru 13 Ogos lalu, seorang lelaki kerugian RM50,000 selepas rumahnya dipecah masuk selain Honda CRV miliknya dilarikan kumpulan itu.

“Pada kejadian jam 7.30 pagi, mangsa yang berusia 47 tahun baru bangun tidur sebelum mendapati pintu rumahnya di Taman Rozhan terbuka.

“Mangsa melakukan pemeriksaa­n dan mendapati beg serta Honda CRV itu hilang,” katanya, semalam.

Menurutnya, susulan itu, pihaknya mengesan Honda CRV itu di Jalan Kulim sebelum menahan tiga suspek yang menaikinya di Pengkalan Hulu kelmarin.

Katanya, susulan penaberang hanan mereka, pihaknya menahan suspek keempat di Alma.

“Suspek keempat memecah masuk rumah dan melarikan Toyota Vios di Taman Hwa Seng, 2 Julai lalu.

“Dua daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitka­n dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 457/379 A(1) Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? KERETA yang dijumpai ketika serbuan di dua tempat berasingan.
KERETA yang dijumpai ketika serbuan di dua tempat berasingan.
 ?? Nik Ros Azhan ?? Pada kejadian jam 7.30 pagi, mangsa berusia 47 tahun baru bangun tidur sebelum mendapati pintu rumahnya di Taman Rozhan terbuka”
Nik Ros Azhan Pada kejadian jam 7.30 pagi, mangsa berusia 47 tahun baru bangun tidur sebelum mendapati pintu rumahnya di Taman Rozhan terbuka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia