Harian Metro

Polis kesan individu baling mercun

-

Polis mengesan individu membaling mercun ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea 2017 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Difahamkan, mercun bola itu dibaling dari kawasan tempat duduk penyokong selepas penyerang negara N Thanabalan menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-87.

Kini, polis meneliti beberapa gambar bagi membantu siasatan kes.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan menyeluruh selepas menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

“Kami memandang serius isu keselamata­n stadium membabitka­n keselamata­n penonton, pemain dan pegawai bertugas.

“Siasatan dijalankan dan kami yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat,” katanya, di sini, semalam.

Kata Shafien, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan

1957.

“Mereka yang terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menyalurka­nnya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, serpihan mercun itu hanya memasuki kawasan tepi padang jauh daripada pemain.

Selepas tewas 0-1, jurulatih Indonesia, Luis Milla Aspas mengadakan sidang akhbar dan mendakwa pemainnya cedera selepas terkena balingan mercun.

 ??  ?? SHAFIEN
SHAFIEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia