Harian Metro

Aksi tarian joget tarik perhatian

-

Kuala Lumpur: Gelagat petugas ketika perlawanan sepak takraw di Stadium Titiwangsa, di sini, sempena temasya Sukan SEA 2017 mencuit hati netizen di media sosial.

Video mempamerka­n aksi Ahmed Warith dan rakannya Hanafie Shendo tular di Facebook (FB) apabila rancak menari tarian joget sambil melaungkan lagu Ayuh Malaysiaku yang menaikkan semangat penonton lain di stadium berkenaan.

Video berdurasi 1:52 saat itu ditonton lebih 771,693, 630 komen dan 535 perkongsia­n.

Ahmed Warith atau nama penuhnya Ahmed Warith Firdaus, 28, berkata, keadaan di stadium agak sunyi sebelum perlawanan bermula di antara Malaysia dan Thailand.

“Ketika lagu Ayuh Malaysiaku, saya dan rakan berasa begitu bersemanga­t untuk menyokong barisan pemain takraw negara agar menang pada hari itu.

“Itu adalah video pertama mengenai saya, tapi tak sangka pula ia menjadi viral sehingga menerima banyak permintaan menjadi rakan baru di FB,” katanya yang bertugas sebagai marsyal perlawanan.

Mohd Redzuan Mohd Noor menerusi FB mengagumi semangat kesukanan peminat sukan negara.

“Camni la semangat negara Malaysia...minda terbuka sporting...,” katanya.

Bagi Syed Md Hamizan pula: mereka daripada yang maki-maki dan hina negara lain...sukan adalah untuk perpaduan bukan cari pasal,” katanya.

Mutasha Musli menganggap ia cara menghilang­kan tekanan ketika menyaksika­n perlawanan.

 ??  ?? AHMED Warith (kiri) bersama Hanafie (kanan) dan rakan petugas lain.
AHMED Warith (kiri) bersama Hanafie (kanan) dan rakan petugas lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia