Harian Metro

Kerabat diraja turut bertanding

-

Kuala Lumpur: Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) kali ini terus hangat diperkatak­an apabila menyaksika­n penyertaan atlet berketurun­an raja dari beberapa negara.

Putera Abdul Mateen Bolkiah, 25, mendahului senarai kerabat diraja dari negara luar yang hangat diperkatak­an sempena KL2017.

Sejak berita mengenai penyertaan­nya dalam sukan polo, Abdul Mateen yang berkelulus­an Politik Antarabang­sa dari King’s College London, Britain, mula menjadi bualan ramai termasuk penduduk tempatan yang tidak mahu melepaskan peluang bersua muka dengannya.

Populariti kerabat diraja Brunei ini tidak dapat dinafikan selepas mencatatka­n lebih 500,000 pengikut Instagram menerusi akaun @tmski.

Selain Abdul Mateen, kelibat seorang lagi kerabat diraja Brunei, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah turut mencuri tumpuan ketika pembukaan acara polo KL2017.

Pada hari berkenaan, Pusat Equestaria­n Putrajaya dibanjiri ribuan penyokong yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksika­n secara dekat ketampanan dan kecantikan kerabat diraja negara jiran itu.

Temasya Sukan SEA Ke-29 ini juga menyaksika­n pembabitan puteri Thailand, Puteri Sirivannav­ari Nariratana, 30, yang mengambil bahagian dalam acara ekuestrian.

Puteri jelita itu mendapat ‘layanan istimewa’ apabila beberapa unit keselamata­n seperti Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bahagian Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) digabungka­n untuk menjaga keselamata­nnya sepanjang berada di sini.

Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila buat kali pertama menyaksika­n pembabitan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai atlet negara.

Malah kehebatan Sultan Mizan juga tidak boleh disangkal apabila memenangi pingat emas untuk negara dalam kategori individu sejauh 80 kilometer di Taman Endurance Antarabang­sa Terengganu (TIEP), baru-baru ini, sekali gus menjadi sultan pertama dari negara ini yang menyertai Sukan SEA dan memenangi pingat.

 ??  ?? PEMAIN Polo Malaysia (kanan) diasak Abdul Mateen.
PEMAIN Polo Malaysia (kanan) diasak Abdul Mateen.
 ??  ?? PUTERI Sirivannav­ari dan kontinjen Thailand dikawal ketat anggota keselamata­n.
PUTERI Sirivannav­ari dan kontinjen Thailand dikawal ketat anggota keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia