Harian Metro

Surah Yasin panduan hidup Didik jiwa luhur

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penghayata­n surah Yasin sebagai tema dalam Merdeka #QuranHour (MQH) mampu memberi panduan untuk membina negara yang lebih selamat serta sejahtera.

Penasihat Program Gema Wahyu MQH Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, ia bertepatan dengan terjemahan surah Yasin ayat satu hingga 12 yang memberi gambaran bahawa jika semua rakyat meletakkan Allah pada tempat tertinggi, ia akan menjadi asas kepada kekuatan negara.

“Dalam ayat berkenaan, intipatiny­a antara lain memperliha­tkan bahawa apabila penduduk negara ini beriman dan meletakkan Allah paling atas, ini akan menjadi asas untuk keselamata­n dan kesejahter­aan negara.

“Petandanya adalah al-Quran dibacakan, al-Quran difahami dan dilaksanak­an dalam negara ini di peringkat tertinggi iaitu pemimpin dan rakyatnya,” katanya, semalam.

Ahmad Tarmizi berkata, surah Yasin yang menjadi tema pada MQH juga sangat tepat kerana surah ini mengandung­i pelbagai mesej yang sangat berguna.

“Surah ini diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW menghadapi cabaran musuh di Makkah. Mereka menggelar Nabi sebagai penipu dan bukan rasul.

“Ketika kemelut jiwa tidak merdeka menekan dan menzalimi Nabi, Allah menurunkan surah ini sebagai hadiah untuk menggembir­akan Nabi,” katanya.

Beliau berkata, tema surah ini menurut seorang ulama Mesir ialah menyerahka­n diri kepada Allah dengan dakwah atau mengajak manusia kepada Allah.

Menurutnya, makin seseorang itu mendekatka­n diri kepada Yang Maha Esa, makin seseorang itu perlu mengajak seramai mungkin untuk kembali kepadaNya.

Menggembal­ikan masyarakat kepada al-Quran akan melahirkan sifat manusia yang terbaik iaitu berakhlak mulia serta berbudi pekerti tinggi.

Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, al-Quran perlu kembali sebagai manual kehidupan seharian umat Islam, sekali gus mengambil penghayata­n berhubung mesej yang terkandung dalam kitab suci itu.

“Sifat manusia yang terbaik adalah berakhlak mulia, berbudi pekerti tinggi dan luhur. Sifat ini boleh dilahirkan jika masyarakat kita kembali mendekatka­n diri dengan al-Quran.

“Sifat ini sebenarnya wujud pada Rasulullah. Baginda mengajar kita supaya sentiasa berakhlak dan berbudi penyayang sebagaiman­a yang dinaskan dalam hadis,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Zulkifli berkata, gerakan untuk mengembali­kan masyarakat kepada al-Quran disifatkan sebagai harus dan mampu untuk membentuk bangsa berbudi dan penyayang.

 Penganjura­n MQH bantu bentuk bangsa terpuji, lahir generasi berperibad­i tinggi

Shah Alam: Pihak berwajib terutama kerajaan diminta memantau kewujudan rumah anak yatim dan pusat tahfiz tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang didapati semakin meningkat sejak kebelakang­an ini.

Ia berikutan terdapat kes penubuhan rumah anak yatim dan pusat tahfiz secara haram dan memperguna­kan anak yatim, asnaf, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk kepentinga­n pihak berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Rumah Penyayang Ulin Nuha Nazilah Idris berkata, ada pihak tidak bertanggun­gjawab menjadikan golongan itu sebagai peminta sedekah atau penjual ubat-ubatan.

“Di Selangor, mereka adalah penghuni rumah berkenaan yang terabai dan tidak mendapat perhatian selepas tidak lagi dibenarkan tinggal di rumah kebajikan.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana setiap rumah

Beliau berkata, sifat itu hanya boleh dilahirkan dengan penghayata­n terhadap kandungan al-Quran yang mengajar manusia untuk lebih berhikmah.

“Saya secara peribadi mengharapk­an melalui gerakan yang dibentuk ini dapat melahirkan bangsa berbudi dan penyayang, mempunyai sifat kasih sayang yang akan dapat menjadikan kehidupan kita sentiasa dirahmati Allah. “Penganjura­n program ini juga sangat bertepatan apabila kebetulan ia disambut pada Hari Kebangsaan. Penghayata­n kemerdekaa­n yang kita raikan boleh diterjemah menerusi mengembali­kan masyarakat kepada kebajikan perlu memberi pendidikan dan perhatian ke mana hala tuju mereka.

“Isu ini dilihat sebagai sindiket pemerdagan­gan manusia yang dianggap serius dan perlu ditangani segera supaya pihak yang tidak bertanggun­gjawab tidak menyalahgu­nakan pertubuhan kebajikan,” katanya ketika ditemui al-Quran,” katanya.

Mengulas aspek kemerdekaa­n dan tema World #QuranHour (WQH) dan Merdeka #QuranHour (MQH) iaitu surah Yasin, katanya, surah itu menggambar­kan pembebasan manusia daripada penghambaa­n sesama manusia dan meletakkan Allah di tempat tertinggi.

“Allah ingin kita lihat bagaimana kemenangan akan wujud daripada golongan yang bersama dengan kebenaran walaupun mereka adalah golongan minoriti,” katanya.

WQH akan diadakan pada 31 Ogos di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

Bagi MQH pula akan diadakan pada hari sama di Dataran Merdeka dan beberapa pengisian lain. pada Majlis Program Anak Angkat rumah kebajikan itu, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO Sdn Bhd Datuk Hamzah Mohd Salleh yang menyerahka­n sumbangan RM500,000 untuk perbelanja­an dan kerja membaik pulih serta menyediaka­n keperluan kepada penghuni rumah itu.

 ?? Dr Zulkifli ?? Saya secara peribadi mengharapk­an melalui gerakan yang dibentuk ini, dapat melahirkan bangsa berbudi dan penyayang,”
Dr Zulkifli Saya secara peribadi mengharapk­an melalui gerakan yang dibentuk ini, dapat melahirkan bangsa berbudi dan penyayang,”
 ??  ?? HAMZAH (tengah) menyalurka­n sumbangan RM500,000 kepada Pertubuhan Rumah Penyayang Ulin Nuha, Jalan Kebun.
HAMZAH (tengah) menyalurka­n sumbangan RM500,000 kepada Pertubuhan Rumah Penyayang Ulin Nuha, Jalan Kebun.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia