Harian Metro

Kudrat tua dayung kayak 1,700km

-

Lumut: Usia bukan penghalang bagi pendayung kayak solo, Mansor Omar,70, melaksanak­an Ekspedisi Ekspresi Negaraku Kayak Solo Menjelajah Pantai Semenanjun­g Malaysia biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran getir di laut.

Mansor yang juga anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu tetap gagah melaksanak­an ekspedisi sejauh 1,700 kilometer (km) berakhir di Pengkalan Jeti Kuala Perlis, Perlis pada 9 September ini.

“Ini dayungan solo kedua. Lima tahun lalu, saya melakukan dayungan dari Kuala Terengganu ke Kemaman sejauh 160 km dan dayungan solo kali ini bersempena 60 tahun kemerdekaa­n negara dan Tahun Melawat Terengganu 2017.

“Ekspedisi ini mengambil masa 71 hari dan hari ini (semalam) ialah hari ke 57 dan masih berbaki 300 km lagi,” katanya ditemui selepas majlis menyambut ketibaanny­a di Pantai Awam Teluk Batik di sini, kelmarin.

Ketibaan Mansor jam 12.15 tengah hari disambut UMNO Bahagian Lumut yang diketuai Naib Ketua UMNO bahagian Lumut Datuk Azri Jaafar dan Persatuan Kenu Negeri Perak, selain pendayung kayak solo negara, Murad Kassim.

Mansor berkata, sepanjang 57 hari, pelbagai cabaran ditempuh seperti ribut dan hujan lebat ketika di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga memaksanya mendarat.

“Namun kenangan manis yang saya peroleh ialah apabila dayungan diiringi tiga ikan lumba-lumba sejauh 100 meter di Rompin, Pahang, malah sokongan orang ramai di setiap lokasi perhentian sangat mesra,” katanya.

Menurutnya, ekspedisi itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Terengganu termasuk sokongan kerajaan negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu.

“Perbelanja­an ekspedisi ini turut ditanggung anak-anak saya yang turut berusaha merealisas­ikan impian ini,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 seharusnya disambut dengan rasa tanggungja­wab dan cintakan negara tanpa mengira latar belakang agama, kaum mahupun fahaman politik.

Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Datuk Ibrahim Saad berkata, semangat berkenaan seharusnya disemai dalam kalangan rakyat terutamany­a belia.

Menurutnya, sifat itu penting dalam usaha untuk menjamin kemakmuran negara pada masa akan datang.

“Bagi pihak BTN, kami cuba melaksanak­an beberapa pendekatan baharu terutama dalam mendekati golongan belia.

“Dengan mengadakan beberapa program berbentuk kenegaraan di pusat beli-belah dan pendekatan ini dilakukan kerana golongan belia jarang membabitka­n diri dalam program berbentuk kenegaraan,” katanya selepas merasmikan Festival Ambang Merdeka 2017 di pusat beli-belah IOI City Mall, di sini, semalam.

Ibrahim berkata, menerusi penganjura­n festival itu, beliau lihat sifat patriotism­e dalam kalangan belia masih di tahap rendah terutama mengenai pengetahua­n asas kenegaraan.

“Festival ini adalah percubaan pertama BTN serta diharapkan selepas ini dengan pendekatan dijalankan oleh pihak kami, objektif mahu meningkatk­an sifat patriotism­e dalam kalangan belia dapat dicapai,” katanya.

 ??  ?? MANSOR (lima dari kanan) ketika tiba
di Pantai Awam Teluk Batik, Lumut.
MANSOR (lima dari kanan) ketika tiba di Pantai Awam Teluk Batik, Lumut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia