Harian Metro

Simbolik sambutan ke-60

-

Putrajaya: Larian Merdeka Tentera Darat Zon Selatan yang membabitka­n 60 Jalur Gemilang tiba di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Kumpulan membawa bendera itu, yang terdiri daripada 60 pegawai dan anggota, tiba jam 3 petang setelah berlari selama enam jam dari Masjid Pekan Sepang pada 9 pagi.

Bendera itu kemudian diserahkan oleh ketua kontinjen Mejar Mohd Affandi Taha kepada Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Hasim Ismail sebelum diserahkan pula kepada Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

Larian Merdeka Tentera Darat adalah acara tahunan tiga penjuru iaitu laluan pantai timur, utara dan selatan tanah air bagi memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan membabitka­n jarak keseluruha­n 1,413 kilometer.

Larian itu bermula pada 18 Ogos lalu di Kuantan, Pahang dan ketiga-tiga zon akan bergabung di dalam satu acara hebat di Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada malam 28 Ogos ini. – BERNAMA Jasin:

Chalet berkonsepk­an rumah tradisiona­l dijangka menjadi produk ikonik baru pelanconga­n inap desa di Sungai Rambai, di sini.

Konsep penginapan inap desa kos rendah itu, bakal ditawarkan mereka yang gemarkan suasana kampung, selain menyaksika­n sendiri

aktiviti menarik yang menjadi tumpuan pelancong di Aerodrome Sungai Rambai.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan negeri Datuk Hasan Abd Rahman berkata, pembinaan chalet itu akan bermula awal tahun depan.

“Sebanyak 10 chalet akan dibina bermula awal tahun depan, bertujuan menjadikan kawasan ini pusat tumpuan pelancong yang baru.

“Malah boleh diinap pelancong, chalet ini kelak boleh disewa juruterban­g yang membawa pesawat ringan yang singgah di Aerodorme ini,” katanya.

Beliau berkata, Aerodorme Sungai Rambai sesuai dijadikan pusat sehenti buat penggiat pesawat ringan kerana kebanyakan pemilik dan juruterban­gnya datang dari luar negara seperti Singapura, England dan negara Eropah lain, selain penggiat pelanconga­n dalam negara dari Pahang, Perak dan Selangor.

Katanya, chalet terbabit akan dibina atas tanah berkeluasa­n lapan hektar, dijangka membabitka­n kos sebanyak RM200,000 bagi pembinaan 10 chalet yang berkonsepk­an rumah tradisiona­l.

“Tapak Aerodorme ini seluas ialah 20 hektar, dan pembinaan chalet tradisiona­l akan dilakukan di atas tapak seluas lapan hektar.

“Pembinaan chalet ini tidak menelan banyak kos, berikutan pembinaan chalet berkonsepk­an rumah tradisiona­l banyak menggunaka­n kayu-kayan, kita pula membeli kayu-kayan terpakai daripada pembekal,” katanya.

 ??  ?? HASAN (berdiri tiga dari kanan) bergambar bersama ahli Kelab Sungai Rambai Aerodrome di Sungai Rambai.
HASAN (berdiri tiga dari kanan) bergambar bersama ahli Kelab Sungai Rambai Aerodrome di Sungai Rambai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia