Harian Metro

Tiga varian baru Wonda

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

 Rangkaian premium lazat boleh didapati secara eksklusif di kedai serbaneka terpilih

Sempena sambutan Hari Kopi Wonda Antarabang­sa (IWCD) kali keempat, jenama kopi Wonda memperkena­lkan tiga varian baru dari negara yang terkenal dengan bijian kopinya untuk tempoh terhad.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundaram, tiga varian terbaru itu adalah daripada rangkaian Wonda 100% Arabica Brew yang dihasilkan di Malaysia dengan 100 peratus biji kopi Arabika berasal dari negara yang terkenal dengan kopi seperti Brazil, Colombia dan Indonesia.

Katanya, rangkaian premium yang lazat itu boleh didapati secara eksklusif di kedai serbaneka terpilih.

“WONDA 100% Arabica, Colombian Coffee hanya terdapat di Shell Select dengan tawaran ‘Beli Dua Percuma Dua’ bermula hari ini hingga 1 September.

“Dalam tempoh sama, penggemar kopi boleh membeli Wonda 100% Arabica, Brazilian Coffee di kedai 7-Eleven untuk harga promosi khas RM1.20 setin.

“Wonda 100% Arabica, Indonesian Mandheling Coffee yang dijual secara eksklusif di Kedai Mesra Petronas memberi peluang kepada tiga pemenang untuk memenangi kad petrol percuma bernilai RM5,000 setiap hari bermula hari ini hingga 31 Ogos,” katanya.

Katanya, ini bermaksud, kad petrol percuma berjumlah RM 60,000 akan dihadiahka­n kepada pemenang peraduan berkenaan.

Menurutnya, untuk menyertai peraduan itu, peserta hanya perlu membeli dua tin kopi Wonda dalam satu resit di mana-mana Kedai Mesra Petronas dan hantarkan butiran peribadi mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor yang disediakan serta simpan resit pembelian asal sebagai bukti pembelian.

“Senarai pemenang akan diumumkan di laman Facebook Wonda Coffee Malaysia. Untuk memeriahka­n perayaan ini, ketiga-tiga promosi yang ditawarkan di Shell Select, 7-Eleven dan Kedai Mesra Petronas juga diperluask­an kepada rangkaian kopi Wonda yang lain seperti Original, Mocha, Latte, Kopi Tarik dan Extra Presso.

“Untuk lebih menggembir­akan penggemar kopi, kopi Wonda menempatka­n papan iklan kreatif

di stesen transit aliran ringan (LRT) Ampang Park untuk memberikan kopi percuma daripada rangkaian Wonda 100% Arabica Brew edisi terhad,” katanya.

Katanya, dalam langkah meningkatk­an skala perayaan ini, kopi Wonda turut bekerjasam­a dengan rakan lain untuk memberikan tawaran menarik seperti RM4 untuk setiap pembelian pek berganda empat tin di semua pasar raya dan pasar raya besar serta promosi khas IWCD selama dua hari yang juga RM1 setin di semua kedai 99 Speedmart untuk hari ini dan esok.

“Bukan itu saja, pengguna juga boleh menikmati dua tin Wonda Extra Presso secara percuma dengan setiap pembelian mana-mana ‘Domino’s 2 Pizza Deals dengan keju tambahan’ bermula daripada RM33 di Domino’s Pizza bermula hari ini hingga 10 September.

“Pengunjung pawagam TGV juga berpeluang untuk membawa pulang tiket wayang percuma apabila mereka menayangka­n atau memohon kad TGV Cinemas MovieClub dengan setiap pembelian Wonda Extra Presso di cawangan pawagam TGV di seluruh negara.

“Tiket percuma itu kemudian akan dikreditka­n ke akaun TGV Cinemas MovieClub individu, malah pengguna yang membuat pesanan melalui aplikasi Grab dari 28 Ogos sehingga 1 September akan menerima pek edisi terhad rangkaian Wonda 100% Arabica Brew ke pintu rumah mereka secara percuma,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kopi Wonda, sila layari https://www.facebook.com/WondaCoffe­eMalaysia.

dari

 ??  ??
 ??  ?? SARANG tebuan pada dinding roda kereta
milik Muslim.
SARANG tebuan pada dinding roda kereta milik Muslim.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia