Harian Metro

Karya ‘Negaraku’ dapat undian tertinggi

-

Melaka: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Begitulah yang boleh digambarka­n kisah gadis manis yang tidak menyangka penyertaan dalam pertanding­an Vans Asia Custom Culture menjadi titik tolak kejayaan bahkan menaikkan nama Malaysia di pentas dunia.

Mana tidaknya, rekaan kasut Vans Izzati Che Suza, 22, mempertaru­hkan karya ‘Negaraku’ menjadi pilihan peminat alam maya apabila mendapat 51,540 undi yang melayakkan karyanya ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Izzati, pertanding­an itu menjadi impian setiap peserta dari serata Asia mempertaru­hkan karya masing-masing kerana pemenang akan memenangi wang tunai RM8,551 malah kasut yang direka bakal menjadi karya yang akan dihasilkan Vans! untuk jualan komersial.

“Saya tidak sangka hasil seni ini akan diminati dan dapat undian tertinggi. Kebetulan di Dataran Pahlawan, saya sertai pertanding­an secara suka-suka. Pihak Vans bagi dan saya terus lukis dalam masa dua jam untuk habiskan lukisan bagi peringkat satu.

“Saya pertaruhka­n tema Negaraku. Antara elemen yang diketengah­kan saya lukis orang bertanjak dan berdastar, ada Kluang Man dan Tiong Man sebagai mengangkat hero tempatan. Semuanya mengenai Malaysia manakala penggunaan warna kuning simbolik kepada warna diraja,” katanya ditemui di rumahnya di Bukit Katil.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengharapk­an rakyat Malaysia menyokong usaha dan karyanya dengan memberikan undian sebelum tempoh mengundi berakhir 3 September depan.

Pada masa sama, dia turut menarik minat pengasas Hilman Authentic Brand apabila 1,000 kasut ‘Negaraku’ rekaan Izzati akan dikeluarka­n jenama Hilman Authentic.

 ??  ?? KARYA Negaraku berjaya memenangi hati pengundi apabila Izzati mendapat 51,540 undian yang melayakkan dirinya ke peringkat seterusnya.
KARYA Negaraku berjaya memenangi hati pengundi apabila Izzati mendapat 51,540 undian yang melayakkan dirinya ke peringkat seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia