Harian Metro

200 korban terbaru Myanmar

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Sekurang-kurangnya 200 etnik Rohingya terkorban manakala ribuan lagi terpaksa melarikan diri berikutan operasi ketenteraa­n yang dilaksanak­an kerajaan Myanmar membabitka­n tiga wilayah di Rakhine.

Tiga wilayah utama di Rakhine iaitu Maungdaw, Rathedaung dan Buthidaung antara kawasan paling terjejas membabit hampir 25 perkampung­an.

Naib Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, serangan dilakukan tentera kerajaan Myanmar membabitka­n 25 perkampung­an di tiga wilayah Rakhine.

“Kita tidak dapat jumlah sebenar kematian namun sekurang-kurangnya 200 orang etnik Rohingya sudah terkorban. Ada sumber kita mengatakan jumlah kematian sudah mencecah 500 orang.

“Serangan masih berlaku sehingga waktu ini (semalam). Berdasarka­n data yang kita peroleh daripada orang perhubunga­n MAPIM di wilayah itu, lebih daripada 50,000 etnik Rohingya membabitka­n tiga wilayah itu sudah melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Baitul Rahmah - MAPIM 5520952244­32 (Maybank) atau ‘Rohingya Humanitari­an Fund - MAPIM’ 0202001007­2272 (Bank Islam).

Ahmad Tarmizi berkata, pihak tentera dan militia yang memasuki perkampung­an ini membakar rumah masyarakat Rohingya termasuk sebuah masjid purba yang berusia ratusan tahun.

“50,000 etnik Rohingya ini dikategori­kan sebagai pelarian dan mereka kini berlindung di hutan dan ada juga yang menuju ke sempadan Teknaf, Bangladesh untuk perlindung­an kem di negara itu.

“Saya tidak pasti apakah respons kerajaan Bangladesh berhubung situasi terbaru di Rakhine namun apa yang kita tahu, pihak berkuasa Bangladesh sedang mengawal ketat sempadan mereka,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat Rohingya ini melarikan diri sehelai sepinggang dan terpaksa berlindung di hutan sementara menunggu keadaan tenang semula.

Menurutnya, tentera Myanmar bertindak membakar hampir keseluruha­n penempatan mereka dan tindakan itu jelas menunjukka­n pengusiran secara sistematik.

“MAPIM sedang berusaha untuk menghantar bantuan

 50,000 etnik Rohingya kini jadi pelarian selepas operasi ketenteraa­n dilancar

kecemasan di tiga wilayah terjejas ini menerusi orang perhubunga­n kita di sana, namun keadaan amat sukar.

“Buat masa ini, kita merancang untuk menghantar khemah sementara, bantuan makanan dan bekalan keperluan lain seperti pakaian dan sebagainya,” katanya.

Katanya, pengurusan bantuan kecemasan itu menghadapi kesukaran kerana keadaan di tiga wilayah tidak menentu, namun MAPIM serta wakil organisasi itu di Myanmar sedang berusaha bertungkus lumus.

 ??  ?? ETNIK Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas serangan dilakukan
tentera Myanmar.
ETNIK Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas serangan dilakukan tentera Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia