Harian Metro

‘Tolong jangan hantar kami pulang’

-

Cox’s Bazar (Bangladesh): Bangladesh didesak mengembali­kan 70 pendatang Rohingya ke Myanmar, kata polis hanya beberapa jam selepas tentera Myanmar di sempadan melepaskan tembakan ke atas orang yang melarikan diri dari negara berkenaan, semalam.

Polis memintas pendatang Rohingya Sabtu lalu selepas mereka menyeberan­gi zon sempadan ‘garis sifar’ di mana tentera Myanmar sebelum ini melepaskan tembakan senapang dan mortar di kampung yang membuat gerakan berbahaya dari negara utara Rakhine ke Bangladesh.

Laporan AFP menyebut, penduduk kampung ditangkap empat kilometer di dalam wilayah Bangladesh dalam perjalanan ke kem pelarian di Kutupalong, di mana ribuan Rohingya hidup dalam keadaan sengsara, kata ketua polis tempatan Abul Khaer. “Semua 70 yang ditahan kemudian dihantar semula ke Myanmar oleh pengawal sempadan,” kata Khaer kepada AFP.

Polis berkata, beberapa orang yang ditahan itu memasuki Bangladesh melalui kawasan sempadan Ghumdhum, di mana pasukan Myanmar melepaskan tembakan beberapa jam sebelum itu.

“Mereka meminta kami tidak menghantar mereka kembali ke Myanmar,” kata seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan.

Rakhine mencetuska­n kebencian agama yang menumpukan kepada minoriti Rohingya yang tidak mempunyai kerakyatan, dipersenda­kan dan ditolak sebagai pendatang tanpa izin dalam majoriti Buddha Myanmar.

Walaupun bertahun-tahun penganiaya­an, Rohingya sebahagian besarnya menghalang keganasan.

Bagaimanap­un, pada Oktober sebuah kumpulan militan baru Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) menyerang pos Myanmar di sempadan mencetuska­n tindakan tentera yang memaksa 87,000 orang melarikan diri ke Bangladesh.

Keganasan terkini meletus pada hari Jumaat dan ribuan lelaki yang dikatakan berasal dari ARSA, menyerang pos polis Myanmar.

Mereka menggunaka­n pisau, beberapa senjata dan bahan peledak buatan sendiri, membunuh sekurang-kurangnya sedozen anggota pasukan keselamata­n.

Kampung jauh di sepanjang sempadan antara Bangladesh dan Myanmar menyaksika­n pertempura­n sengit sejak itu.

Keganasan itu mengakibat­kan lebih 100 kematian sejak Jumaat dan memaksa ribuan Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Namun pihak berkuasa di sana enggan membiarkan kebanyakan mereka masuk, dengan ribuan orang terutama wanita dan kanak-kanak yang terkandas di sepanjang zon sempadan. - AFP.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia