Harian Metro

Dapat kuota arwah suami Hasrat 15 tahun akhirnya tertunai

-

Kelana Jaya: Musim haji kali ini menjadi detik paling menggembir­akan buat Iswadi Samin, 45, dan isteri, Mariam Abdullah, 48, apabila mengerjaka­n ibadat haji bersama anak bongsu, Muhd Alif Aiman, 17.

Iswadi berkata, dia bersama isteri dan anaknya bertuah kerana berpeluang menunaikan ibadat haji bersama, malah bersyukur kerana memperoleh peluang yang sukar diperoleh itu.

“Ini adalah kali pertama kami sekeluarga menunaikan ibadat haji selepas mula mendaftar ke Tabung Haji pada 2007.

“Alhamdulil­lah tabungan yang disimpan sejak 10 tahun akhirnya mencukupi dan membolehka­n kami mendapat panggilan haji secara serentak tahun ini,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga sepatutnya berangkat ke Tanah Suci pada 8 Ogos lalu namun disebabkan kelewatan memperoleh visa, mereka menunggu proses mendapatka­n visa itu.

“Walaupun menunggu lama, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang menunaikan ibadat haji bersama isteri dan anak pada tahun ini.

“Sejak 15 tahun lalu, saya bertekad membawa isteri serta anak pergi menunaikan

 Pesara polis rayu 5 kali syukur terima tawaran

haji memandangk­an kini isteri mengalami strok rignan dan darah tinggi,” katanya.

Iswadi berkata, sementara keadaan isterinya tidak kritikal, dia ingin merealisas­ikan impian isteri menjejakka­n kaki ke Tanah Suci bersama anak.

Sementara itu, anaknya, Muhd Alif berkata, dia berasa teruja kerana mengerjaka­n haji bersama ibu bapanya yang mula menabung ke dalam akaunnya ketika masih kecil.

“Walaupun masih terlalu muda untuk mengerjaka­n haji, saya menggunaka­n peluang yang diberi dengan sebaik mungkin kerana tidak lama lagi saya menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jadi, saya memanfaatk­an peluang ini dengan berdoa kepada Allah SWT supaya diberi kelancaran semasa menjawab peperiksaa­n selain memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.

 ??  ?? ISWADI bersama isteri dan anak bersiap-siap untuk menaiki penerbanga­n, semalam.
ISWADI bersama isteri dan anak bersiap-siap untuk menaiki penerbanga­n, semalam.
 ??  ?? AHMAD Zahid bersalaman dengan jemaah haji penerbanga­n kedua terakhir di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, semalam.
AHMAD Zahid bersalaman dengan jemaah haji penerbanga­n kedua terakhir di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia