Harian Metro

Syukur dapat bantu jemaah lain Bakti Sahabat

-

Makkah: Berbekal pengalaman, ilmu dan kepakaran dimiliki, jemaah yang dipilih sebagai Sahabat Maktab bersyukur dapat menyumbang khidmat secara sukarela kepada rakan jemaah lain.

Pakar Perubatan Keluarga Dr Nor Azah Mohamad Nawi, 46, berkata, dia sebelum ini pernah dua kali menyertai rombongan perubatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.

Menurutnya, dengan pengalaman diperoleh ketika bertugas pada 2009 dan 2010, sedikit sebanyak dia memahami masalah biasa dihadapi jemaah haji.

“Berbekalka­n pengalaman pernah bertugas di Tanah Suci serta kepakaran yang ada, saya bersyukur dapat membantu jemaah lain sebagai Sahabat Medik.

“Bagaimanap­un, kami tidak memberikan rawatan seperti pegawai perubatan yang bertugas kerana tidak mempunyai peralatan tertentu yang diperlukan.

“Sebaliknya, kami lebih kepada memberikan khidmat nasihat kepada jemaah yang memerlukan terutama berkaitan penjagaan kesihatan dan sebagainya,” katanya yang bertugas di Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.

Timbalan Mufti Sarawak Mual Suaud, 49, berkata, ketika ke Tanah Suci, dia memang diminta kerajaan negeri untuk membantu jemaah dari negeri itu berkaitan pelaksanaa­n ibadat haji mereka.

Menurutnya, kebetulan ada petugas TH yang mengenalin­ya lalu diminta berkhidmat sebagai Sahabat Ibadat.

“Jadi, dengan serba sedikit ilmu yang ada, dapat saya berkongsi dengan jemaah lain dan membantu mereka sekadar yang termampu

“Selain beribadat, membantu jemaah lain juga satu ibadat,” katanya.

Program Sahabat Maktab yang dilaksanak­an pengurusan Tabung Haji (TH) adalah medan terbaik kepada jemaah yang mempunyai ilmu dan kepakaran tertentu untuk menyumbang khidmat bakti secara sukarela membantu rakan jemaah lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program diperkenal­kan sejak 2006 itu nyata berkesan membantu petugas haji menguruska­n keperluan, kebajikan dan keselamata­n jemaah.

Beliau berkata, pada tahun ini dengan jumlah keseluruha­n 600 petugas haji sudah tentu sukar bagi mereka menguruska­n jemaah yang bertambah kepada 30,200 orang.

Menurutnya, dengan bantuan jemaah terpilih yang dilantik sebagai Sahabat Maktab, ia sedikit sebanyak membantu petugas haji menguruska­n keperluan jemaah lain.

Katanya, Sahabat Maktab dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu Sahabat TH, Sahabat Medik dan Sahabat Ibadat yang memberikan khidmat mereka secara sukarela

 Program diperkenal sejak 2006 banyak bantu petugas haji urus kebajikan jemaah

tanpa sebarang imbuhan.

Beliau berkata, pada tahun ini TH melantik keseluruha­n 320 Sahabat Maktab membabitka­n pelbagai kategori yang bertugas di maktab penginapan masing-masing.

“Saya rasa itu jumlah optimum untuk membantu 600 petugas haji memberikan perkhidmat­an terbaik kepada dhuyufurra­hman.

“Bagi Sahabat Ibadat, mereka boleh menjadi imam dan bilal di surau dan Sahabat

 ??  ?? DR Asyraf menyerahka­n vest kepada sebahagian jemaah haji yang dipilih sebagai Sahabat Maktab pada pelancaran program di Maktab 81.
DR Asyraf menyerahka­n vest kepada sebahagian jemaah haji yang dipilih sebagai Sahabat Maktab pada pelancaran program di Maktab 81.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia