Harian Metro

Hanya ada tiga minit selesai masalah

-

Makkah: Sebutir kurma yang menghalang pintu tren untuk tertutup rapat boleh menjejaska­n keseluruha­n operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro

(MMMSL), sekali gus mengganggu pergerakan jemaah yang menggunaka­n perkhidmat­an itu.

Itu antara gambaran insiden atau krisis yang mungkin boleh berlaku dan Syarikat Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA), selaku pengendali tren itu perlu bertindak pantas untuk menyelesai­kan sebarang krisis bagi mengelakka­n ia menjadi lebih rumit.

Pengurus Pusat Kawalan Operasi (OCC) MMMSL, Mohd Affendi Ridzuan berkata sekiranya insiden seumpama itu berlaku, kakitangan syarikat pengendali hanya diberikan tempoh tiga minit bagi mengesan punca dan menyelesai­kan masalah berkenaan.

“OCC berperanan penting dalam pengoperas­ian tren metro yang bergerak secara automatik seperti MMMSL dan ia juga nadi penting mengawal dan mengawasi pergerakan tren, pemantauan di dalam tren dan di stesen.

“Jika sesuatu insiden berlaku, contohnya kurma yang menghalang pintu tren untuk tertutup rapat, kakitangan kami di lapangan diberikan tiga minit untuk menyelesai­kannya, jika tidak masalah sekecil itu merebak dan menjejaska­n keseluruha­n perkhidmat­an tren,” katanya kepada media Malaysia yang berkunjung ke pusat kawalan itu, di sini, kelmarin.

Mohd Affendi berkata, tempoh tiga minit itu turut dijadikan piawaian bagi pengoperas­ian perkhidmat­an tren di Malaysia, adalah tempoh penting untuk kakitangan syarikat bertindak sebaik mungkin dan tiada ruang untuk mereka melakukan kesilapan.

Bagi memantau secara menyeluruh pergerakan tren dan penumpang di stesen MMMSL, beliau berkata, 1,200 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi tertentu dan jumlah itu tidak termasuk kamera di dalam tren.

Selain itu katanya, OCC juga menjalanka­n lebih 1,000 jam simulasi latihan sejak dua bulan lalu bagi menguji kecekapan pusat berkenaan dan kakitangan di lapangan bertindak menyelesai­kan krisis.

 ??  ?? PUSAT Kawalan Operasi (OCC) MMMSL di Al-Abdiya, Arafah.
PUSAT Kawalan Operasi (OCC) MMMSL di Al-Abdiya, Arafah.
 ?? Mohd Affendi Ridzuan ?? Kakitangan kami di lapangan diberikan tiga minit untuk menyelesai­kan masalah jika sesuatu insiden berlaku”
Mohd Affendi Ridzuan Kakitangan kami di lapangan diberikan tiga minit untuk menyelesai­kan masalah jika sesuatu insiden berlaku”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia