Harian Metro

Latih elak akut gunung

-

Mendaki dari Perkampung­an Terskol pada ketinggian 2,125 meter (m) ke Terskol Peak (3,125) m adalah pengisian latihan hari kedua penyesuaia­n altitud tinggi pasukan Kembara Srikandi Prihatin (KSP) dalam misi menawan puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus, sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60.

KSP yang disertai pendaki berpengala­man Fazilah Abd Manan, bekas pesakit kanser Renee Aziz Ahmad, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang Nir Azmin Adnan, eksekutif projek Nurul Huda Shamsuddin, penulis dan Ummu Farah Haidar Zulkifli selaku pengarah program itu memulakan latihan seawal jam 8 pagi waktu tempatan.

Menurut Nir Azmin, latihan itu dapat menguji kemampuan dan stamina pendaki bagi menghadapi latihan yang lebih sukar pada esok hari.

“Selain itu, ia juga membantu pendaki supaya lebih bersedia untuk berdepan keadaan altitud lebih tinggi pada sesi latihan esok.

“Latihan ini penting bagi mengelakka­n pendaki daripada terkena akut gunung atau lebih dikenali sebagai

(AMS),” katanya.

Sementara itu, Ummu Farah berkata pendakian hari ini merangkumi pendakian naik dan turun kawasan pergununga­n Terskol Peak hampir 20 kilometer.

“Latihan ini memfokuska­n kepada daya ketahanan pendaki bagi berhadapan dengan latihan di kawasan altitud lebih tinggi esok.

“Kami bertuah kerana cuaca panas sepanjang dua hari berada di Perkampung­an Terskol dan berharap ia akan berterusan sehingga 31 Ogos ini,” katanya.

 Uji kemampuan, stamina peserta sebelum menawan Elbrus

 ??  ?? LATIHAN pendakian melalui pergununga­n.
LATIHAN pendakian melalui pergununga­n.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia