Harian Metro

Panik rakan lambat turun

-

Seremban: Sekumpulan 50 pendaki dari Kuala Lumpur yang menjalanka­n aktiviti pendakian di Gunung Berembun, Jalan Pantai, di sini, cemas apabila 16 daripada mereka gagal ditemui, malam kelmarin.

Selepas lebih lima jam menanti, mereka menarik nafas lega apabila 16 individu berkenaan ditemui jam 2.05 pagi, semalam.

Pengarah bomba negeri Norazam Khamis berkata, kumpulan itu memulakan pendakian bermula dari Gunung Telapak Buruk berhampira­n Gunung Berembun, jam 11 pagi kelmarin.

“Pada jam 5 petang, 34 pendaki mula turun ke kaki bukit dan selebihnya masih berada di atas. Sehingga jam 9 malam, baki 16 pendaki belum turun menyebabka­n rakan mereka cemas.

“Individu yang gagal ditemui membabitka­n empat lelaki, kanak-kanak berusia empat tahun, bayi berusia tiga bulan dan selebihnya wanita.

“Kumpulan utama itu kemudian menghubung­i pihak berkuasa jam 12.40 tengah malam bagi mendapatka­n bantuan,” katanya.

Menurut Norazam, pihaknya menggerakk­an 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Pantai ke lokasi, jam 12.42 tengah malam.

“Sebaik tiba, kami dimaklumka­n semua mangsa hampir tiba di kaki gunung sebaik mencari jalan keluar sendiri. Semua mangsa ditemui selamat, jam 2.05 pagi,” katanya.

Dua pendaki wanita bagaimanap­un mengalami kekejangan kaki dan diberikan rawatan.

“Kami difahamkan, 16 pendaki itu tidak sesat sebaliknya pergerakan menuruni gunung lambat disebabkan dua wanita cedera selain mereka turut membawa bayi serta kanak-kanak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia