Harian Metro

Lelaki membujang jaga ayah

-

Butterwort­h: Seorang pemuda sanggup mengetepik­an soal peribadi dan rela membujang demi menjaga bapanya yang lumpuh selepas kematian ibu serta abangnya tujuh tahun lalu.

Shamshul Asmadi Ahmad, 35, mengambil alih tugas arwah ibunya menguruska­n keperluan bapanya, Ahmad Saiman, 75, yang turut menghidap kencing manis, darah tinggi serta sakit buah pinggang dan hanya terlantar di rumah sewa mereka di Sungai Nyior, dekat sini.

Rutin setiap hari Shamshul ialah menyediaka­n makan dan minum bapanya sebelum ke tempat kerja di sebuah kedai menjual alat ganti kereta, dekat sini, sebelum pulang pada tengah hari untuk menghantar makanan.

“Bapa hanya mengengsot dalam rumah dan perlu diusung jika perlu dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) selain daya penglihata­nnya semakin kurang,” katanya.

Abangnya, Supadi meninggal dunia tujuh tahun lalu akibat komplikasi buah pinggang disusuli ibunya, Aishah Abdul Hamid setahun kemudian akibat kencing manis dan darah tinggi.

Menurut Shamshul, dia akan menjaga bapanya hingga akhir hayat kerana tiada adik-beradik lain dan pada masa sama perlu bekerja untuk membayar sewa rumah RM200 sebulan.

Simpati dengan keadaan Ahmad, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Onn (1984-1988) yang juga rakan arwah Supadi bergotong-royong membersihk­an rumahnya selain menghulurk­an sumbangan barang dapur, semalam.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Mohd Asri Long berkata, 20 bekas pelajar SMK Datuk Onn turun padang membersihk­an rumah Ahmad.

 ??  ?? AHMAD (kiri) yang lumpuh melihat bekas pelajar SMK Datuk Onn bergotong-royong membersihk­an rumahnya.
AHMAD (kiri) yang lumpuh melihat bekas pelajar SMK Datuk Onn bergotong-royong membersihk­an rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia