Harian Metro

‘Contohi atlet negara’

- Mohd Fauzi Abdullah fauzie@hmetro.com.my

 Terap semangat jitu enggan mengalah capai kejayaan

“Kita boleh ambil pengajaran dan teladan dengan mencontohi semangat perjuangan atlet negara yang menyertai Sukan SEA (yang berlangsun­g ketika ini) dalam merealisas­ikan sasaran 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruha­n atau melebihi sasaran.

“Walaupun adakalanya mereka ketinggala­n tetapi semangat untuk mencapai kemenangan dan kejayaan akhirnya membolehka­n mereka menang pingat emas,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan semangat berkenaan sebagai contoh untuk memperkema­skan jentera parti bagi memastikan kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, masih ada masa dan ruang bagi ahli dan pemimpin UMNO serta BN memperbaik­i kekurangan walaupun laporan diterima menunjukka­n tahap kesiapsiag­aan ketika ini adalah baik.

“Hasil laporan dan pemantauan menerusi persidanga­n perwakilan UMNO di seluruh negara, secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan tahap kesiapsiag­aan jentera parti, namun masih ada ruang untuk diperbaiki bagi memastikan kejayaan BN sekali gus kekal menerajui tampuk pemerintah­an negara.

“Kalau saya sebagai Perdana Menteri, nak pukul beduk atau gong atau tiup wisel (mengadakan pilihan raya), tahap kesiapsiag­aan sudah baik.

“Namun, kalau kita bersifat ‘perfection­ist’, kita tidak akan berpuas hati hinggalah segalanya sempurna, masih ada ruang untuk kita tingkatkan tahap kesiapsiag­aan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun.

Dalam majlis itu, Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan menyerahka­n sebanyak 458 ekor lembu kepada 259 penerima terdiri daripada wakil 60 masjid, 166 surau dan 33 agensi kerajaan dalam kawasan Parlimen berkenaan sempena Aidiladha disambut pada 1 September depan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta semua ahli UMNO supaya mengingati dan memahat dalam hati tiga perkara penting dalam konsep perjuangan bagi memastikan BN terus cemerlang dan kekal dalam pemerintah­an negara.

“Pertama, dalam perjuangan itu mesti ada roh, jentera kita mesti bersatu padu serta komited dan yang ketiga wala’ iaitu kesetiaan kepada pemimpin,” katanya.

 ??  ?? NAJIB bersalaman bersama perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan.
NAJIB bersalaman bersama perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia