Harian Metro

Beri insentif cukai syarikat basikal lumba

-

Putrajaya: Kerajaan bercadang memberi insentif cukai kepada syarikat industri pemasangan basikal lumba dalam usaha merakyatka­n aktiviti sukan berkenaan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam menzahirka­n usaha itu, minat terhadap kegiatan berkenaan perlu ditanam dalam kalangan rakyat lebih-lebih lagi, aktiviti itu tidak hanya untuk golongan yang mempunyai sumber kewangan kukuh.

“Pada hemat saya, (usaha ini dapat dilaksanak­an) jika kerajaan dapat menggalakk­an supaya industri pemasangan basikal lumba ini dapat diberikan insentif dari segi cukai.

“Apabila pengumuman Bajet 2018 pada 27 Oktober ini, tolong ambil kira berkenaan pemasangan basikal oleh syarikat tempatan untuk diberikan galakan cukai,” katanya berucap pada pelancaran laluan Kejohanan Jelajah Malaysia 2017 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Kejohanan Jelajah Malaysia Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Ismee Ismail.

Ahmad Zahid merangkap Penaung Kejohanan Jelajah Malaysia berkata, dengan adanya insentif cukai itu, diharap akan ada lebih ramai penyertaan dalam aktiviti sukan berkenaan.

“Saya fikir sebagaiman­a sukan lain, basikal juga harus diberi galakan bukan hanya daripada pihak kerajaan malah swasta dan individu.

“Justeru, saya berharap sukan lumba basikal ini akan terus dirakyatka­n dan sebagai sukan rakyat, ia bukan hanya untuk mereka yang mempunyai sumber kewangan kukuh,” katanya.

Pada majlis semalam, beliau turut mengumumka­n tajaan kerajaan RM500,000 untuk perlumbaan Jelajah Malaysia pada tahun depan.

Sementara itu, Mohd Nazifuddin berkata, penganjura­n Jelajah Malaysia 2017 yang berlangsun­g pada 3 hingga 7 Oktober depan membabitka­n 20 pasukan terdiri daripada 112 peserta dan 11 daripadany­a dari luar negara.

 ??  ?? AHMAD Zahid ketika majlis Pelancaran Laluan Jelajah Malaysia 2017.
AHMAD Zahid ketika majlis Pelancaran Laluan Jelajah Malaysia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia