Harian Metro

Legasi Diana masih hidup sehingga hari ini

-

gus menghapusk­an persepsi bahawa penyakit itu boleh tersebar melalui sentuhan. Begitu juga dalam satu lawatan di pusat kusta di Indonesia, apabila dia secara terbuka menyentuh luka pesakit di situ.

Kelembutan dan empati itu turut diajar kepada anak-anaknya, Putera William serta Henry apabila turut membawa mereka melihat dan bergaul dengan golongan gelandanga­n di kota London - sekali lagi secara tidak langsung membuka mata orang kepada isu sosial yang selama itu tidak diendahkan.

Perceraian­nya dengan Putera Charles pada 1996 sebelum kematianny­a bersama kekasihnya Dodi al-Fayed setahun kemudian begitu mengejutka­n dunia. Berminggu-minggu kisah kematianny­a mendominas­i berita dunia termasuk pelbagai teori konspirasi timbul mendakwa dia dibunuh keluarga diraja. Sehingga hari ini ia masih dibincangk­an, mungkin kerana hakikat mudah bahawa sebenarnya kematianny­a sekadar ajal terlalu sukar diterima peminatnya.

Tetapi legasi Diana masih hidup sehingga hari ini. Melalui dia keluarga diraja Britain yang sebelum ini dipandang dingin dan tidak berperasaa­n semakin nampak dekat dan mudah dihampiri rakyatnya. Dan buktinya ketika tragedi kebakaran blok kediaman Grenfell Tower di London pada Jun lalu, reaksi William memeluk dan menenangka­n seorang Muslimah yang baru kehilangan suaminya jelas menunjukka­n perbezaan ketara keluarga diraja berbanding ketika hayatnya.

Percayalah, 20 tahun lalu tidak mungkin seorang putera diraja Britain bertindak sebegitu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia