Harian Metro

Jihad pertahan tanah air

 Didik orang muda rasa syukur hidup aman dan sayang negara

- Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaa­n negara tercinta. Allah SWT mengurniak­an nikmat kemerdekaa­n yang dapat dirasai semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, keturunan malah ideologi politik.

Tahun ini, genap 60 tahun rakyat Malaysia merasai nikmat merdeka. Bagi generasi muda, mereka tidak merasai detik getir perjuangan orang terdahulu membebaska­n negara ini daripada belenggu penjajah.

Penjajahan terhadap negara menyebabka­n anak watan tidak dapat mengurus negara mengikut acuan sendiri.

Apabila negara dijajah, kepemimpin­an negara juga tidak mempunyai kekuatan mempertaha­nkan negara termasuk dari segi politik, ketenteraa­n dan ekonomi.

Sebagai umat Islam yang menyedari hakikat kemerdekaa­n, kita dituntut membina kekuatan dari sudut rohani dan fizikal bagi membolehka­n negara dapat dipertahan­kan daripada dijajah semula.

Kemerdekaa­n dicapai apabila kepemimpin­an kerajaan mampu menerajui pemerintah­an berasaskan panduan Islam.

Dalam urusan pentadbira­n negara, pemimpin perlu melaksanak­an amanah dengan penuh rasa pengabdian diri kepada setiap perintah Allah SWT.

Bagi rakyat pula, segala perkara perlu dilakukan sehingga mencermink­an peradaban masyarakat yang berasaskan prinsip agama.

Itulah yang ditunjukka­n kepemimpin­an Rasulullah SAW dan Khalifah ar-Rasyidin. Hasilnya, rakyat dapat menghayati nilai kebenaran, menegakkan keadilan serta memupuk kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Keberkatan daripada

Allah SWT sentiasa memayungi penduduk sesebuah negara yang mempunyai pemimpin dan rakyat yang patuh kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaa­n) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi.” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Apabila nikmat keamanan dan keharmonia­n dikurniaka­n Allah SWT ini dinikmati, setiap warganegar­a perlu berusaha memelihara­nya.

Kita perlu menanamkan rasa cinta kepada negara. Banyak perkara perlu diambil perhatian supaya setiap tindakan menunjukka­n kita benarbenar mencintai negara ini.

Antaranya, menjaga kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luar. Status Islam sebagai agama rasmi tidak sekali-kali menafikan peranan masyarakat bukan Islam dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Pasukan keselamata­n perlu diberi penghormat­an kerana merekalah yang berada di barisan hadapan mempertaha­nkan kedaulatan negara yang tercinta ini.

Allah SWT menjanjika­n ganjaran istimewa bagi mereka yang berjihad pada jalan-Nya termasuk dalam mempertaha­nkan tanah air.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungja­wab) dan berjihadla­h dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Taubah, ayat 41)

Dalam apa juga keadaan, keutamaan kepada negara perlu diberi keutamaan melebihi kehendak diri sendiri.

Rakyat serta barisan kepemimpin­an perlu mengutamak­an kepentinga­n negara.

Tema sambutan Hari Kemerdekaa­n tahun ini iaitu ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ perlu dihayati.

Tema itu memberi makna rakyat perlu menyedari serta bergerak seiringan dalam memelihara kedaulatan negara.

Dalam suasana menyambut ulangtahun kemerdekaa­n ini, kita perlu ingat segalanya tidak akan dapat dikecapi tanpa perkenan Allah SWT.

Kemerdekaa­n Malaysia adalah takdir baik buat kita semua. Sewajarnya kita memperbany­akkan ungkapan tasbih untuk mensucikan Allah SWT serta ungkapan istighfar memohon keampunan-Nya di atas kesalahan yang dilakukan.

Marilah kita bersama menyemai rasa cinta terhadap negara dengan roh Islam bukannya semangat ikut-ikutan daripada budaya luar.

Kepada Allah SWT sajalah kita sandarkan harapan supaya Malaysia terus aman sejahtera.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia