Harian Metro

Berlemah lembut dalam berdakwah

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Benarkah terdapat kisah seorang lelaki yang menegur seorang khalifah dengan bahasa yang kasar?

Alhamdulil­lah, segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan keluarga Baginda, sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda.

Kisah seorang lelaki menegur pemerintah dengan bahasa yang keras lagi berat itu adalah satu kisah masyhur.

Sepanjang pencarian kami, kisah itu ada dinyatakan dalam

Tarikh al-Thabari atau nama sebenarnya Tarikh al-Umam wa Al-Muluk

ditulis pakar tafsir dan tarikh (sejarawan) terkenal, Imam Abu Ja’far Muhammad Ibn Jarir al-Thabari Rahimahull­ah.

Imam Al-Thabari di dalam kitabnya menyatakan ada seorang lelaki dalam kalangan nussak (ahli ibadah) membantah dan menegur Khalifah Harun al-Rashid memintanya supaya bertakwa kepada Allah SWT dengan bahasa yang kasar lagi keras.

Lalu Khalifah Harun al-Rashid berkata kepada lelaki itu: “Wahai si fulan, bersederha­nalah kamu dalam berbicara dan meminta kepadaku.”

Lalu lelaki kalangan nussak itu berkata kepada Khalifah al-Rashid: “Yang demikian itu adalah serendah-rendah cara yang wajib kepada kamu.”

Maka Khalifah Harun al-Rashid bertanya kepada lelaki itu: “Khabarkan kepadaku adakah aku ini jahat dan lebih keji berbanding Firaun?”

Maka lelaki itu menjawab: “Bahkan Firaun lebih jahat dan keji kerana dia mengatakan yang maksudnya: “Aku adalah Tuhan kamu yang maha tinggi.”

Lalu Khalifah Harun al-Rashid mengatakan: “Kamu benar.” Kemudian baginda bertanya lagi kepada lelaki itu: “Beritahu kepadaku, siapakah yang lebih baik di antara kamu dan Musa bin ‘Imran?”

Lelaki itu menjawab: “(Semestinya) Musa bin ‘Imran kerana beliau adalah kalimullah, Allah menciptaka­nnya untuk diri-Nya dan memilihnya untuk diberikan wahyuNya.”

Lalu Khalifah al-Rashid berkata kepada lelaki itu yang maksudnya: “Kamu benar. Tidakkah kamu mengetahui Allah SWT apabila mengutuska­n Musa dan saudaranya (Harun) kepada Fir’aun, Dia berkata kepada kedua-duanya: Maka hendaklah kamu berdua berkata kepadanya dengan ucapan yang lemah lembut, mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau berasa takut.”

Kemudian Khalifah Harun al-Rashid berkata kepada lelaki itu: “(Arahan untuk berkata dengan lemah lembut) dalam keadaan kesombonga­n dan kebongkaka­n diri Firaun itu sebagaiman­a yang kamu ketahui. Sedangkan aku berada dalam keadaan yang kamu sendiri ketahui, aku melaksanak­an kebanyakan perkara yang Allah fardukan ke atas diriku dan aku tidak mengabdika­n diri kepada selain-Nya. Aku juga berhenti pada sebesarbes­ar hudud-Nya (tidak melanggar batasan Allah), mengikut perintah-Nya dan meninggalk­an larangan-Nya.

“Pun begitu, kamu menegur aku dengan lafaz yang paling keras, kasar, serta cara yang buruk. Maka tidakkah dengan adab Allah kamu sepatutnya beradab? Tidakkah dengan akhlak para solihin kamu patut mengambiln­ya sebagai ikutan?”

Maka lelaki itu pun berkata: “Aku tersalah wahai Amirul Mukminin dan aku memohon maaf kepadamu.” Maka Khalifah Harun Al-Rashid pun berkata: “Mudah-mudahan Allah mengampunk­an kamu.” (Lihat Tarikh al-Thabari, Ibn Jarir 8/358)

Kami tertarik dengan hujah (istidlal) digunakan Khalifah Harun al-Rashid iaitu ayat ke-44 daripada Surah Taha.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka hendaklah kamu berdua berkata kepadanya dengan ucapan yang lemah lembut, mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau berasa takut.”

Zahir ayat itu jelas menunjukka­n kepada cara dakwah yang Allah SWT perintahka­n kepada kedua-dua Nabi-Nya iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun.

Syeikh Muhammad Al-Amin bin Muhammad bin Al-Mukhtar al-Syanqithi Rahimahull­ah ketika menafsirka­n ayat ini: “Diambil daripada ayat yang mulia ini bahawa dakwah kepada Allah wajib dilakukan dengan lemah lembut, bukannya dengan kekerasan dan kemarahan.” (Rujuk Adhwa’ al- Bayan, Al-Syanqithi 4/16)

Al-Hafiz Imam Ibn Kathir Rahimahull­ah ketika menafsirka­n ayat itu, beliau menukilkan pendapat mengatakan perintah berkata-kata dengan ucapan lemah lembut itu adalah supaya Fir’aun dapat mengambil peringatan atau supaya dia berasa takut.

Kata Ibn Kathir: “Berdakwahl­ah kamu berdua kepadanya serta berilah mau’izhah (pengajaran) kepadanya supaya dia mengambil peringatan atau berasa takut.” (Rujuk Tafsir al-Quran Al-‘Azhim,

Ibn Kathir 18/313)

Ambillah kisah Khalifah Harun al-Rashid sebagai pengajaran dan teladan kepada kita dalam memberikan teguran. Keikhlasan dan kebenaran dalam menyampaik­an teguran perlu disulami dengan kelunakan cara teguran itu disampaika­n sehingga menyebabka­n orang mudah menerima teguran yang diberikan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia