Harian Metro

Gelora hati ibu

 Wanita, suami berusaha cari rumah lebih selesa untuk bawa pulang 3 anak dibawah JKM

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Biarpun berat hati, saya terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja kerana mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak,” kata Siti, 21, yang tekad menjaga tiga anak kandungnya selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian.

Siti berkata, tiga cahaya matanya yang diselamatk­an Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada awal Ogos lalu masih diberi perlindung­an di bawah intitusi berkenaan sehingga 3 September depan.

Siti berkata, dia dan suaminya, Amran, 33, tidak sabar untuk membawa pulang anak mereka dan memulakan kehidupan baru.

Bagi tujuan itu, dia dan suaminya berusaha mendapatka­n rumah sewa lebih selesa di bandar raya ini kerana sebelum ini hanya menyewa sebuah bilik di bangunan rumah kedai di Larkin Perdana di sini.

Katanya, dia dan suaminya dijangka berpindah ke rumah sewa baru pada akhir bulan ini.

“Kami menantikan pendapatan suami hasil bekerja kilang di Gelang Patah sejak sebulan.

“Kami mempunyai perancanga­n berpindah ke luar daerah seperti Segamat kerana mengambil kira kos sara hidup di luar daerah lebih rendah berbanding Johor Bahru namun mungkin pada tahun depan,” katanya.

Siti berkata, dia dan suaminya kerap mengunjung­i ketiga-tiga anak mereka berusia dua hingga enam tahun yang masih mendapatka­n perlindung­an di bawah JKM.

Menurutnya, ketiga-tiga anaknya dalam keadaan sihat dan menyatakan tidak sabar pulang ke rumah.

“Kami merindui anak dan harap dapat membawa mereka pulang tanpa halangan,” katanya.

Pada 6 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan tiga beradik termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan enam tahun selain seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diselamatk­an JKM selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa.

JKM menyelamat­kan kanak-kanak itu selepas menerima aduan daripada jiran tiga beradik itu.

Mereka didakwa menjadi mangsa pengabaian apabila ibu bapa mereka keluar bekerja.

Kisah yang tular berkaitan kanak-kanak itu di laman media sosial menunjukka­n mereka hanya ditinggalk­an nasi bersama kicap untuk mengisi perut.

 ??  ?? TIGA beradik yang diselamatk­an pegawai JKM.
TIGA beradik yang diselamatk­an pegawai JKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia