Harian Metro

Hilang kelibat anak bongsu

-

 Pelajar tingkatan empat maut, rakan cedera parah motosikal dinaiki bertembung kereta

di sini, juga pelajar sekolah sama yang cedera parah masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Salim berkata, sebelum kejadian dia dan isteri mempelawa anak bongsu daripada tiga beradik itu pergi ke majlis kenduri kahwin di Balok namun arwah enggan kerana sibuk mahu berlatih futsal bersama rakan sekolah.

Katanya, dia mendapat tahu berhubung kejadian itu melalui menantunya yang menghubung­inya pada jam 5.45 petang di majlis kenduri kahwin berkenaan lalu bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan mangsa. Kuala Kumpur: Penerbit filem Abang Long Fadil 2, Astro Shaw membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, semalam apabila rakaman penuh filem berkenaan dimuat naik individu tidak bertanggun­gjawab di YouTube, sejak kelmarin.

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, laporan itu dibuat bagi mengesan individu terbabit selain melindungi hak cipta filem arahan Syafiq Yusof itu.

“Saya membuat laporan itu selepas diberitahu penerbitny­a, Datuk Yusof Haslam mengenai hal itu semalam. Sebelum buat laporan polis, pihak kami melaporkan­nya kepada YouTube terlebih dulu dan kemudian video itu dipadam.

“Bagaimanap­un, laporan polis masih perlu dibuat memandangk­an tindakan sebegitu tetap satu kesalahan jenayah. Ia sangat tidak adil buat penerbit mahupun pengamal filem jika jenayah sebegitu berterusan.

“Filem ini pun baru saja ditayangka­n sejak 24 Ogos lalu. Sebelum ini kami membuat laporan terhadap penyebaran klip video 30 saat filem berkenaan tapi kejadian terbaru ini nyata lebih tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Najwa juga berharap dengan laporan itu akan membuka mata ramai pihak demi menangani jenayah sedemikian.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA yang cedera dibawa ke HTAA.
MANGSA yang cedera dibawa ke HTAA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia