Harian Metro

Hujan, ombak kuredah

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro@gmail.com

 Bekas komando tentera cipta nama sebagai pendayung kayak solo negara

Minat mendalam terhadap kayuhan kayak sejak tujuh tahun lalu membuka ruang terhadap bekas anggota tentera ini untuk mencipta nama sebagai pendayung kayak solo negara.

Itulah impian Murad Mohd Kassim, 47, yang berasal dari Parit, Perak dan setakat ini, beliau berjaya mencipta lapan rekod peribadi melaksanak­an misi berkayak secara solo sejak 2010 hingga kini.

Keyakinann­ya bermula selepas mendapat pengiktira­fan sebagai Jurulatih Rekreasi Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2011 dan terus menanam hasrat melakukan misi solo setiap tahun.

Berbekalka­n latihan demi latihan, akhirnya misi pertama bekas anggota komando di Kem Sungai Udang, Melaka dilaksanak­an menerusi Renangan Komando

bermula dari Kuala Kangsar hingga Pasir Salak, Perak selama dua hari pada 2013.

Dalam mengharung­i cabaran dan dugaan berkayak secara solo ini, sudah pasti dia perlu kuat dari segi mental dan fizikal, selain percaya pada diri serta sentiasa berdoa pada Allah SWT.

Kejayaan cabaran pertama turut melonjak semangat dirinya melakukan misi berkayak secara solo buat kali kedua Kayak Solo 24 jam dari Empangan Cenderoh ke Teluk Intan pada 2014.

Dia pernah melakukan misi berkayak secara solo ketika banjir besar melanda Perak dari Teluk Intan hingga Kuala Kangsar pada 2014 dalam misi ketiga.

Kemudian, XPDC Kelab Ekplorasi Tujuh Benua (KE7B) Kayak Solo Mengelilin­gi Semenanjun­g 2015 dari Jeti Kastam Kuala Perlis hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan sejauh hampir 2,000 kilometer selama 52 hari dilakukan pada 2015 adalah misi keempat dijayakann­ya.

Murad berkata, misi keempat berkenaan antara kenangan terindah apabila Raja Muda Perlis, Tuanku Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Putra Jamalillai­l perkenan melakukan

pelepasan.

Beliau berkata, misi itu amat sukar dan sangat mencabar apabila dilanda ribut beberapa kali dan tanpa persiapan rapi serta tiada kepakaran, sudah pasti tidak mampu menjayakan misi itu.

Katanya, cabaran terus dilakukan apabila melakukan Dayungan Jejak Pahlawan sempena Ulang Tahun Tentera Darat ke-83 pada 2016 dari Kuala Kangsar, Perak hingga Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Selepas itu saya melakukan misi dayungan secara solo keenam dan ketujuh pada Perak Amanjaya dari Empangan Cenderoh ke Bagan Datok diikuti Fissot Kayak Shanghai dari Empangan Cenderoh ke Teluk Intan dalam 24 jam sebelum patah balik

ke Kuala Kangsar pada penghujung 2016/2017.

“Misi kelapan dan terbaru adalah apabila saya berkayak mengelilin­gi perairan Pulau Pinang selama tiga hari dua malam bermula Selasa (1 Ogos) hingga Khamis lalu (3 Ogos) sejauh 80 kilometer dan berjaya menamatkan misi dengan selamat apabila bermula di Jeti Jabatan Laut di Batu Uban dan berakhir di jeti sama,” kata bapa kepada sembilan anak ini.

Murad berkata, cabaran menempuh hujan lebat dan ombak kuat sekitar kawasan barat laut perairan Pulau Pinang benar-benar menguji kemampuann­ya, lebih-lebih lagi apabila hujan lebat pada hari terakhir misinya itu. Menurutnya, cabaran

menanti apabila hujan lebat bermula seawal jam 5 pagi dan berbekalka­n keazaman untuk menamatkan misi menyebabka­n dia menguatkan semangat serta mental menempuh cuaca tidak elok.

“Sepanjang perjalanan ombak kuat dan alunan setinggi dua hingga tiga meter dan saya terpaksa berhempas pulas mengawal kayak sehingga ke Teluk Kumbar.

“Kemudian saya meneruskan perjalanan seperti biasa dan jelas, mereka yang ingin berkayak secara solo atau melakukan ekspedisi perlu mendapatka­n nasihat dan maklumat penduduk setempat dan saya berterima kasih kepada nelayan tempatan yang banyak membantu,” katanya.

 ?? Murad Mohd Kassim ?? MURAD tanam hasrat lakukan misi solo setiap tahun. Misi kelapan dan terbaru adalah apabila saya berkayak mengelilin­gi perairan Pulau Pinang selama tiga hari dua malam bermula Selasa (1 Ogos) hingga Khamis lalu (3 Ogos) sejauh 80 kilometer”
MURAD tiba...
Murad Mohd Kassim MURAD tanam hasrat lakukan misi solo setiap tahun. Misi kelapan dan terbaru adalah apabila saya berkayak mengelilin­gi perairan Pulau Pinang selama tiga hari dua malam bermula Selasa (1 Ogos) hingga Khamis lalu (3 Ogos) sejauh 80 kilometer” MURAD tiba...
 ??  ?? KAYAK yang digunakan Murad dalam melaksanak­an misi berkayak secara solo mengelilin­gi Pulau Pinang.
KAYAK yang digunakan Murad dalam melaksanak­an misi berkayak secara solo mengelilin­gi Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia