Harian Metro

Tiada bukti kerugian

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Mahkamah benarkan permohonan MDPP batal saman 258 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membenarka­n permohonan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), untuk membatalka­n saman ganti rugi yang dikemukaka­n 258 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendapati kes belum matang dan tiada bukti kukuh berhubung kerugian yang dialami peniaga.

Ahmad dalam keputusann­ya berkata, peniaga sebagai plaintif meminta ganti rugi khas, teruk, faedah dan kos walaupun mereka tidak mengalami apa-apa kerugian kerana masih belum berpindah dari Pasar Besar Pasir Puteh ke pasar baru iaitu Pasar Siti Hajar.

Plaintif yang diwakili peguam Mohd Sharuddin Mohamed menamakan MDPP sebagai defendan yang diwakili peguam, Noor Aini Ismail.

Terdahulu, peguam defendan meminta bayaran ganti rugi kos RM10,000, manakala peguam plaintif memohon bayaran itu dikurangka­n kepada RM1,000.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n bayaran kos RM2,000 daripada plaintif kepada defendan.

Sementara itu, Pengerusi Peniaga-Peniaga Kecil (Pembekal) Pasar Besar Pasir Puteh Kamarzaman Che Ngah, 61, berkata, pihaknya akan mengemukak­an rayuan dalam masa terdekat. “Kami akan merayu memohon pasar baru yang lebih strategik di lokasi lain memandangk­an Pasar Siti Hajar sempit dan lokasinya jauh dari kawasan penempatan,” katanya, semalam.

 ??  ?? MOHD Sharuddin (empat dari kiri) menunjukka­n rayuan mereka selepas Mahkamah Tinggi membatalka­n writ saman Peniaga Pasar Besar Pasir Putih terhadap MDPP.
MOHD Sharuddin (empat dari kiri) menunjukka­n rayuan mereka selepas Mahkamah Tinggi membatalka­n writ saman Peniaga Pasar Besar Pasir Putih terhadap MDPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia