Harian Metro

Beri peluang guru lama bertukar

-

Serdang: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam menasihati guru baru yang belum disahkan jawatan tidak memohon bertukar sekolah untuk mengikut pasangan masing-masing.

Ini kerana katanya, walaupun bersimpati dengan guru terbabit, keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama bertugas dan tinggal berasingan daripada pasangan mereka.

“Kadang-kadang guru ini baru ditempatka­n setahun, tapi sudah berkahwin. Jadi, alasan dia (untuk bertukar) ialah sudah berkahwin dan ingin ditempatka­n bersama-sama suami atau isteri.

“Mereka perlu mempunyai selepas tiga tahun baru (boleh) bertukar. Mudah bagi kementeria­n jika semua (berfikiran) begitu,” katanya pada Majlis Konvokesye­n Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementeria­n Pendidikan kelapan, di sini.

Mahdzir berkata, beliau menerima banyak permohonan sedemikian daripada guru yang datang bertemunya secara peribadi, sama ada di pejabat atau majlis yang dihadiriny­a.

Selain itu katanya, kementeria­n

>>Tunjukkan kepada pelajar bermasalah hukuman yang akan dikenakan sekiranya mereka melakukan perkara yang menyalahi undang-undang

juga tidak dapat memenuhi semua permohonan guru untuk bertukar dan bertugas di negeri asal.

“Contohnya Kelantan. Guru yang berasal dari Kelantan dan mengajar di luar negeri itu lebih ramai daripada bilangan guru yang berkhidmat di Kelantan sendiri.

“Jadi, sukar untuk mendapatka­n tempat melainkan ada guru yang bersara atau terdapat sekolah baru yang dibangunka­n,” katanya.

Konvokesye­n kali ini menyaksika­n 5,978 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dan Diploma Perguruan Malaysia.

“Bagi kumpulan graduan, kira-kira 5,000 mendapat penempatan di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia