Harian Metro

Pantai terhakis kian sepi

-

Permaisuri: Pembinaan benteng penahan ombak perlu disegeraka­n bagi mengurangk­an hakisan sepanjang tiga kilometer di Pantai Kampung Bari Kecil, di sini yang dikhuatiri akan menjejaska­n kawasan tanah perkuburan Islam berhampira­n.

Penduduk, Daud Seman, 76, berkata, hakisan pantai mula berlaku sejak 2015 dan ia semakin serius selepas musim banjir awal tahun ini.

“Sebelum ini, terdapat wakaf (tempat rehat) dibina berhampira­n pantai namun terpaksa dipindahka­n ke seberang jalan kerana tapak asalnya sudah terhakis.

“Sekiranya hakisan ini terus berlaku, kami bimbang ia menjejaska­n jalan tar yang baru dibina serta tanah perkuburan kira-kira 20 meter dari pantai,” katanya yang ditemui di Kampung Bari Kecil, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Sabri Mohammad, 62, berkata, suasana pantai itu semakin sunyi daripada dikunjungi orang ramai sejak masalah hakisan pantai.

“Sebelum ini, kawasan pantai ini sering menjadi tempat perkelahan bukan saja kalangan penduduk setempat tetapi orang luar.

“Malah, kawasan pantai ini pernah menjadi lokasi penggambar­an filem membabitka­n pelakon terkenal tanah air tetapi kini ia semakin sepi,” katanya.

Menurutnya, pantai berkenaan turut menjadi tempat nelayan membawa naik hasil tangkapan laut tetapi sekarang nelayan terpaksa berpindah ke tempat lain kerana tebing pantai semakin tinggi dan sukar dinaiki.

“Jika mahu membawa ahli keluarga bersiar di pantai pun terpaksa pergi ke kawasan lain seperti Pantai Rhu Sepuluh kerana di sini sudah tidak selamat,” katanya.

Johor Bahru: Dalam usaha mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai kepentinga­n memelihara kesihatan jantung serta meningkatk­an kualiti kehidupan, Nestle Omega Plus menganjurk­an Walk-A-Sunday di Taman Merdeka, semalam.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Susu Nestle Malaysia Berhad Ng Su Yen berkata, program anjuran bersama Yayasan Institut Jantung Negara itu bertujuan menggalakk­an orang ramai menjaga kesihatan jantung.

“Kami mengambil inisiatif ini dengan mengambil kira keadaan kesihatan rakyat negara ini yang sangat membimbang­kan. Bahkan sebanyak 42 peratus rakyat Malaysia berusia kurang 40 tahun mempunyai kolesterol tinggi disebabkan gaya hidup tidak aktif dan tabiat pemakanan kurang sihat.

“Kami sangat teruja dengan penyertaan orang ramai yang menunjukka­n minat menyertai program Walk-A-Sunday ini. Kami sangat komited mendidik rakyat Malaysia untuk memahami masalah kolesterol tinggi,” katanya, semalam.

Menurutnya, program kesedaran selaras dengan komitmen pihaknya itu dapat meningkatk­an kualiti hidup yang lebih sihat dan memberikan motivasi kepada orang ramai supaya menukar gaya hidup untuk impak positif terhadap kesihatan jantung.

Pihaknya juga mengadakan pelbagai aktiviti menyeronok­kan dan bermanfaat sepanjang program dua sesi berlangsun­g pagi dan petang itu termasuk zumba dan pemeriksaa­n kolesterol.

“Pemeriksaa­n kolesterol percuma oleh IJN memberi pemahaman orang ramai mengenai kesan tahap kolesterol tinggi,” katanya.

Selain di Johor, program menguruska­n tahap kolesterol itu turut diadakan di empat lokasi seluruh Semenanjun­g Malaysia termasuk di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Peserta program Ida Sharmila Mat Noor, 41, berkata, program sedemikian memberikan banyak manfaat kepada orang ramai yang bersenam pada hujung minggu di kawasan itu.

“Kali terakhir saya membuat pemeriksaa­n kolesterol pada 2013, ketika itu saya tidak ada masalah kolesterol, saya harap kali ini saya masih dalam keadaan sihat.

“Pemeriksaa­n ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya kolesterol kalau tidak diambil peduli,” katanya yang bekerja di kolej swasta dan menetap di Kempas.

 ??  ?? DAUD bersama pengerusi jawatankua­sa kemajuan kampung melihat pantai Kampung Bari Kecil yang mengalami hakisan.
Sekiranya hakisan ini terus berlaku, kami bimbang ia menjejaska­n jalan tar yang baru dibina”
DAUD bersama pengerusi jawatankua­sa kemajuan kampung melihat pantai Kampung Bari Kecil yang mengalami hakisan. Sekiranya hakisan ini terus berlaku, kami bimbang ia menjejaska­n jalan tar yang baru dibina”
 ??  ?? PESERTA membuat pemeriksaa­n kolesterol pada program Walk-A-Sunday.
PESERTA membuat pemeriksaa­n kolesterol pada program Walk-A-Sunday.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia